Pertahanan Negara-Malaysia Terus Ketinggalan


 

 Oleh: amanlegend

“Malaysia terus ketinggalan….

1. Pembelian pertahanan nampaknya menjadi isu sensitif di Malaysia selepas kes Scorpene dan Eurocopter, sedangkan di Indonesia dan Singapura, pengumuman pembelian pertahanan menjadi perkara yang dinanti-nantikan oleh semua pihak.

2. Di Singapura misalnya, rakyat negara itu menyokong penuh pembangunan industri dan pembelian pesawat serta sistem pertahanan republik itu, pembelian F-15 dilihat sebagai “National Pride” kepada rakyat pulau itu apatah lagi selepas Malaysia memasukkan burung-burung Sukhoi ke dalam inventorinya.

3. Lihat sahaja di SgForum, lihat sahaja bertapa kalutnya mereka melihat setiap pembelian baru sistem pertahanan baru Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

4. Bukan sekali Malaysia tewas dengan Singapura, malah sudah banyak kali, Percayalah cakap saya…bukan dalam kekuatan militari tetapi adu domba politik dan diplomasi.

5. Diplomasi, sehebat mana pun lidah berkata tetapi belakang kalau tidak ada back up (kekuatan tentera) tidak guna juga. Singapura berani, dia bercakap tapi ada asas, ahli politik mereka bercakap dengan kekuatan Singapore Air Force di belakang.

6. Sebenarnya sistem pertahanan kalau kita belajar Sains Politik, bukan sekadar untuk berperang tetapi pada masa aman ia berfungsi sebagai “Bargaining Power” bila dua pemimpin bertemu mata dengan mata di atas meja rundingan.

3. Di Indonesia, rakyat mengutuk pihak pemerintah keranan gagal membangunkan kekuatan militari republik itu sehingga mereka melihat Malaysia sebagai pembuli “Nombor 1″ dalam perebutan sempadan di antara kedua-dua negara terutama yang terkini iaitu Ambalat.

4. Kalau di Malaysia, kerajaan mengeluarkan memo kepada semua media tempatan untuk merendahkan “Tone” isu Ambalat, tetapi di Indonesia, gendang perang di palu berulang kali.

5. Rendahnya “Tone” media tempatan menyebabkan ramai rakyat negara ini tidak menyedari bahawa bendera Malaysia telah dibakar, ramai yang tidak menyedari sehingga masih santai untuk lepak di cafe sambil menikmati Ekspreso.

6. Di Makasar, sudah ada sukarelawan mendaftarkan diri untuk kempen “Ganyang Malaysia”, di Malaysia??? Ada apa? Lupa, masih ada rakyat yang sampai sekarang masih terpinga-pinga Siapa Musuh Malaysia, Nak Perang Dengan Siapa? Ni membazir duit rakyat? Baik Buat Sekolah dari beli ……? Ni mesti ada komisyen ni???? Hahaha…

5. Bahkan rakyat termiskin (majoriti di Indonesia masih ramai yang miskin) menyokong pembangunan kekuatan militari negara itu sedangkan ramai yang masih makan ikan bilis berlaukkan garam (Ya saya menyaksikan sendiri hal ini dalam konvoi bermotorsikal selama 3 minggu pada tahun 2007 lalu dari Medan ke Bali).

6. Bodohkah mereka ini? Mereka tidak fikirkah bukankah lebih baik dana pembelian sistem pertahanan itu digunakan untuk memajukan taraf rakyat seperti membuat sekolah.

7. Anda tahu? Semasa saya ke Jakarta, ada sekolah (tanpa bangunan tetapi kelas-kelas dibahagikan dengan kotak) di bawah jambatan (jambatan lebuhraya), bertapa bertuahnya rakyat Malaysia, itu pun banyak komplen lagi.

8. Masalahnya, ramai yang berdiri di belakang pemerintah untuk membangunkan kekuatan militari dan selepas Ambalat, kita sendiri tahu, Indonesia mempertingkat bajet ketenteraan mereka maka, keluarlah senarai pembelian-pembelian baru untuk keperluan tentera seperti peluru berpandu terbaru dari China, kapal corvette dari Belanda dan Landing Platform Dock dari Korea Selatan.

9. Kita…kita masih bertekak untuk memberi keperluan terbaik kepada pasukan keselamatan kita atau pun memberi yang terbaik kepada rakyat.

10.Kadang-kadang lucu apabila mendengar hujah-hujah ahli politik kita mengenai sistem pertahanan, tidak kira mereka di kalangan pembakang atau pun kerajaan, tak payahlah saya ulas di sini, buang masa.

11.Itu belum lagi mendengar hujah-hujah kedai kopi penyokong parti masing-masing.

12. Benar masih ada orang susah di negara ini, tapi tak akan kita tengok je kotttt…benar, taraf hidup sudah naik tetapi masih ramai yang membazir dengan beli sport rim baru untuk kereta masing-masing. Itu baru sport rim, belum lagi handphone.

13.Rakyat Malaysia taksub sangat dengan politik terutama orang Melayu…kita minat berbincang pasal politik tapi lihatlah diri sendiri, sudah jauh kah pencapaian kita???

14.Saya akur bukan semua perkara telus dalam pembelian sistem pertahanan tetapi bukankah lebih baik jika ahli-ahli politik negara ini mempunyai sedikit ilmu dalam soal perbincangan angkatan tentera.

15. Dari bagi hujah lapok seperti penyelewengan atau pembaziran…cuba lihat lebih dalam lagi, misalnya sesuaikah enjin diesel jenis Cartepillar (22 knots maksimum, bot lanun dan nelayan Thai boleh lari lagi laju dari NGPV kita) yang diguna untuk kapal-kapal Offshore Patrol Vessel atau lebih popular dengan NGPV.

16.Apa lojiknya M4 yang digunakan oleh pasukan khas Amerika Syarikat dibeli untuk menggantikan Styer Aug kita?

17. Apa doktrin peperangan kita? Cubalah desak kerajaan sikit, tanyalah pasal itu “Fitted For But Not With”? Geram juga pasal itu NGPV, kosong maaaa, awek cantik tapi gigi takde…

18.Tanyalah pasal kemampuan kita dalam sistem peperangan elektronik atau sejauh mana kebolehan tentera kita dalam mengendalikan peralatan pertahanan yang canggih (Im talking about English language and software).

19.Jadi dari bercakap pasal dollar dan ringgit, lihatlah ke dalam sedikit dari buat tuduhan tanpa bukti yang kemudiannya membantutkan pembangunan ATM.

20.Percayalah cakap saya, kalau ahli-ahli politik kita berkawan rapat dengan pihak tentera, kawan-kawan reporter dari media tempatan, budak-budak dari Forum Gempur Wira, atau pun penulis dari Tempur dan Perajurit, banyak yang boleh dibaiki.

21. Tulah masalah dengan kita, kita ni kurang membaca…lihat sahajalah dalam forum-forum angkatan tentera di web, sedikit sahaja yang pandai berhujah, yang lain, ada yang mengutuk negara sendiri dan ada yang percaya, dengan jumlah rakyat yang ramai kita akan menang, nak tanya sikit??? Kita ni bersatu ke?

22.Aku baru je kena maki Barua BN masa buat liputan banjir kat Seremban…yang maki aku bukan orang kadazan, cina, hindu, red indian atau Yahudi…tetapi orang Melayu yang agamanya Islam. Seorang pakcik tua yang sebaya dengan bapak aku.

P/s- Bukan hendak menpromosi blog ini tetapi atas kesedaran rasa bertangunjawab keatas negara saya syorkan pembaca menbaca blog ini. Apa yang anda baca diatas adalah sebahagian kecil keluhan penulis blog tentang isu sebenar pertahanan negara dan analisis2 persenjataan.Jika anda menjelajah blog ini anda terpaksa ketepikan fahaman politik buat sementara, anda akan menerima impak dan hakikat sebenar pertahanan negara.Tapi awas bacalah dengan mata hati bukan sahaja dengan mata kepala.

http://militaryofmalaysia.blogspot.com/2009/03/malaysia-terus-ketinggalan.html

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: