Bilakah Masanya Untuk Kita Berehat?

Suatu hari, anak Imam Ahmad bin Hanbal iaitu Abd u lla h bi n A h ma d bertanya kepada bapanya akan satu soalan:

“ Wahai bapaku, bilakah masanya kita betul – be t ul bo l eh berehat? ”

Sambil memandang lembut ke dalam mata anaknya, Ima m Ah m ad bi n Hanbal dengan penuh hikmah dan tenang lalu menja wa b soa la n anaknya itu:

“ Kita hanya betul- betul boleh berehat apabi l a k aki ki t a sudah melangkah masuk ke dalam Syurga. ”

ALLAHU AKBAR!

Jawapan yang dilontarkan oleh Imam Ahmad bin Ha nba l ke pa d a anaknya di atas telah betul- betul menjentik h a t i sa y a t a t ka la mendengarnya buat kali pertama dulu. Kata- kata ini a d a la h an ta r a k a ta -kata yang selalu terngiang di dalam benak saya teruta ma ke t ika d at a ng perasaan mahu berehat- rehat dan bermain- main. Hari ini sa y a t er jent i k lagi dan tercubit dengan kata- kata ini apabila terba c a t ent a ng nya d i laman productivemuslim. com.

Nasihat ringkas tapi mendalam dengan makna dan nil a i y a ng di u c ap ka n oleh Imam Ahmad ini dapat menepuk kita supaya sed a r a ka n h a ki ka t kehidupan di dunia ini. Kita di dunia ini selalu sang a t ba ny a k b e re ha t dan mencari masa untuk berehat. Sedangkan dunia bu ka nl a h t em pa t untuk kita berehat. Ia tempat untuk kita bersungguh – su ng gu h me nc a ri bekal buat perjalanan menuju Hari Akhirat.

Fokus kebanyakan kita adalah dunia, dunia, dunia. Ra ma i di ka la ng a n kita yang mencari kerehatan di dunia. Melepaskan se t ia p ma s a y a ng berlalu tanpa diisi dengan sesuatu yang bermanfaat u nt uk Ha r i A kh i ra t . Sepatutnya setiap masa yang terluang diisi denga n s esu a t u y a ng bermanfaat. Paling kurang pun ialah mengingati A L LA H sa ma d a d i dalam hati atau mengucapkan kalimah- kalimah dzikir A L L AH .

Sebab itu kita selalu mendengar dan melihat para u la ma s a ba n sia ng dan malam mengisi masa mereka dengan sesuatu ya ng pe nt ing u nt uk Islam. Bukan sahaja amalan- amalan fardhu mereka ker ja ka n, b a h ka n amalan- amalan sunat sentiasa mengisi masa terluang me re ka . S ia ng mereka, mereka isi dengan mengajar ilmu, berpuasa da n be rj ua ng di jalan ALLAH. Malam mereka, mereka isi dengan bacaa n a l- Q u ra n, sol a t sunat dan tahajjud kepada ALLAH. Sedangkan kita j a ra ng se ka li i ngi n menyusahkan diri dengan ibadah- ibadah.

Betapa jauh sekali iman kita dengan mereka. Mereka s a ngg u p b e rsu s a h payah di dunia ini, berkorban harta dan melepaska n wa kt u r eh a t mereka, semata- mata untuk mendapatkan tempat re h at y ang me re ka idamkan iaitu Syurga. Dan itulah jalan yang ditemp u h i oleh se mu a orang- orang soleh sejak zaman Nabi sallAllahu `a la ih i wa sa lla m hinggalah Hari Qiamat.

Tentang hakikat dunia ini, Rasulullah sallAllahu `a l a ih i wa s al la m pernah menasihati Ibnu `Umar sambil memegang ba h u Ib nu `Um a r yang maksudnya:

“ Jadilah engkau di dunia ini seperti orang a si ng at au penyeberang jalan. ”

( HR al- Bukhari)

Hadith ini bermaksud bahawa dunia ini bukanlah t e mp a t kit a u nt u k bersenang- lenang dan bukan juga destinasi kita. O ra ng a si ng a t a u penyeberang jalan tidak akan duduk rehat lama di kawa sa n y a ng bu k an tempat tinggalnya. Dia pasti mahu meneruskan p e rja l ana n de ng an sungguh- sungguh menuju ke kampung halamannya . D an ka m pu ng halaman bagi orang- orang beriman ialah Syurga. K e sa na l ah t e mpa t tuju dan idaman kita.

Semoga ALLAH memberikan hidayah dan taufiq buat sa y a , a h l i ke lu a rg a saya dan semua kita tentang hakikat kehidupan ini . Bet a p a Ha ri Akhiratlah tempat tujuan kita. Di dunia ini bukan tem pa t b er eh a t kit a . Ia tempat kita singgah dan mencari sebab keredhaa n A L LA H m ela l u i amalan- amalan soleh. Di Syurga nantilah tempat kit a se mu a t u ju da n berehat selama- lamanya.

Semoga ALLAH mengurniakan saya dan kita semua aka n r ed h a NY A d a n SyurgaNYA. Dan semoga saya dan kita semua dilind u ngi A L L AH da r i kemarahanNYA dan NerakaNYA, amin…

Sekadar berkongsi,

Kredit utk  muzir.wordpress.com

Advertisements

Rage comic

Sekadar renungan

image

Kisah Pokok Berkata-Kata Di Ramallah

Kebenaran Pokok Berkata-Kata di Ramallah
Adakah benar pokok-pokok berkata-kata di Ramallah? Dan adakah ini bermakna tanda-tanda kiamat telah mula timbul? Sebenarnya tanda-tanda kecil kiamat telah lama berlaku, berdasarkan banyak riwayat dan hadis yang menceritakan soal dunia akhir zaman.
Jadi, bagaimana dengan kebenaran cerita di atas? Sebuah akhbar iaitu “Afaq Arabiah” milik Ikhwan Muslimin di Mesir keluaran 15 Mei 2002 telah berjaya mendapat laporan yang lengkap mengenai perkara ini dari sumbernya di Palestin. Pihak akhbar telah menghubungi Syeikh Ahmad Yassin, Pemimpin Gerakan Islam HAMAS di Palestin melalui telefon dan beliau menegaskan : “Pokok berkata-kata di Ramallah adalah salah satu tanda bagi kemenangan Islam, dan ini bukan tanda yang pertama. Sebelum ini sebahagian dari pejuang kami yang syahid di dalam pertempuran, jasad-jasad mereka berbau harum ketika hendak dikebumikan”.
Syeikh Ahmad Yassin menyatakan semasa dihubungi oleh pihak akhbar melalui telefon : “Sesungguhnya berita gembira yang disampaikan oleh Rasulullah SAW mengenai pokok-pokok dan batu-batu berkata-kata telahpun berlaku dan masa akan datang akan menyaksikan tanda-tanda lain dari dari apa yang disampaikan oleh Rasulullah SAW dari berita gembira tersebut. Inilah yang meneguhkan keyakinan kami bahawa sesungguhnya pertolongan Allah SWT akan datang dan ianya tidak mustahil berlaku. Perkara ini juga mengembalikan kekuatan barisan pejuang-pejuang Islam di Palestin.

Ini juga memberikan makna yang besar kepada kami bahawa musuh kami akan hancur dan musnah dengan izin dari Allah SWT dan kami yakin dengan Sabda Baginda SAW : “Tidak akan berlaku hari kiamat sehingga orang-orang Islam memerangi orang-orang Yahudi. Maka orang-orang Yahudi akan bersembunyi di sebalik batu-batu dan pokok-pokok (kerana takutkan orang-orang Islam) dan batu-batu dan pokok-pokok tersebut berkata kepada orang-orang Islam: “Wahai Muslim! Wahai hamba Allah! Ini Yahudi dibelakangku. Bunuhlah ia !” Kecuali pohon ‘Gharqad’ kerana sesungguhnya pohon tersebut adalah pohon Yahudi”.
Syeikh Ahmad Yassin menjelaskan bahawa pokok-pokok berkata-kata adalah tanda awal kemenangan bagi pejuang-pejuang kebenaran yang tidak akan ditimpa kehinaan dan kelemahan seperti yang dijelaskan di dalam hadis Rasulullah SAW : “Tidak akan hilang satu golongan dari umatku yang akan menegakkan kebenaran. Mereka tidak akan dapat dimudharatkan oleh orang-orang yang yang cuba menentang dan merendah-rendahkan mereka sehinggalah tiba pertolongan dari Allah SWT”.
Sahabat bertanya kepada Baginda SAW : ” Siapakah mereka Wahai Rasulullah? Manusia dari umatku di Baitul Muqaddis dan pelindung-pelindung (mujahid-mujahid) di Baitul Muqaddis”.
Berikut adalah laporan peristiwa tersebut yang disampaikan oleh Syeih Ahmad Yassin di mana lebih kurang pukul 8.30 pagi hari Ahad selepas hari serangan terakhir Yahudi terhadap Ramallah, tiga orang pemuda Palestin keluar untuk menuju ke hospital pusat di Ramallah untuk mencari mangsa-mangsa serangan udara yang dilancarkan oleh pihak Israel. Semasa di pertengahan jalan, mereka melihat seorang penduduk Yahudi berdiri di atas sebuah tembok. Mereka berpandangan di antara satu sama lain dan mengambil kata sepakat untuk membunuh Yahudi tersebut.
Mereka menghampiri Yahudi tersebut secara sembunyi-sembunyi supaya kedatangan mereka tidak disedari oleh Yahudi tersebut tetapi mereka mendapatinya telah melarikan diri. Mereka terus berusaha mencari dan mengepung Yahudi tersebut sehingga ke sebuah jalan mati tetapi mereka tidak berjaya menemui Yahudi tersebut. Ketika mereka hendak pulang mereka mendengar satu suara memanggil mereka. Pada sangkaan mereka itu adalah khayalan mereka apabila mereka gagal mencari punca dari mana suara itu datang dan mereka mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan mereka ke hospital.
Sekali lagi mereka mendengar suara tersebut berulang-kali memanggil mereka dan akhirnya mereka mendapati bahawa suara itu datang dari belakang salah satu dari pokok-pokok yang berhampiran dengan mereka. Pada sangkaan mereka suara itu adalah dari salah seorang mangsa serangan Yahudi tempohari yang memanggil mereka untuk meminta pertolongan. Ketika mereka sampai berhampiran dengan pokok tersebut mereka mendengar satu suara yang samar-samar menyuruh mereka melihat dan membunuh Yahudi yang bersembunyi di belakang pokok tersebut.
Mereka benar-benar mendapati Yahudi yang mereka cari itu bersembunyi di belakang pokok tersebut dan mereka terus mengepung dan membunuh Yahudi tersebut. Selepas itu mereka segera meninggalkan tempat tersebut untuk mengelakkan bertembung dengan tentera Yahudi Mereka terus menuju ke hospital dan menceritakan peristiwa tersebut kepada pihak hospital.
Dalam beberapa jam, berita tersebut telah tersebar luas ke seluruh bandar Ramallah dan sampai ke pengetahuan Yahudi yang mencari-cari punca sebenar pembunuhan Yahudi tersebut. Perkara ini menakutkan tentera-tentera Israel dan mereka telah mengurangkan jumlah tentera di tempat kejadian. Saluran berita Qatar telah menyebarkan berita mengenai peristiwa ini melalui akhbar dan media massa dan mengiktibarkan bahawa apa yang berlaku di Palestin adalah salah satu dari tanda-tanda kiamat dan ini adalah satu peluang bagi penduduk Palestin untuk mencapai pertolongan dari Allah yang semakin hampir.
Berdasarkan dari apa yang disampaikan oleh Syeikh Ahmad Yassin, Doktor Abdul Aziem al-Mutni’ie – pensyarah Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar menegaskan : “Kami tidak ragu-ragu untuk menerima perkara tersebut kerana ianya telah jelas disebut di dalam hadis Baginda SAW dan ini bermakna, peristiwa ini tidak bercanggah dengan hadis dan kerana tidak ditentukan di dalam hadis apabila pokok berkata-kata maka kiamat akan terjadi esok. Tidak diragui lagi bahawa umur dunia yang telah berlalu lebih banyak dari yang tinggal. Oleh itu tidak perlu diragui lagi tentang peristiwa ini lebih-lebih lagi ianya disampaikan oelh Syeikh Ahmad Yassin. Ini adalah peluang yang baik bagi umat Islam dan salah satu dari tanda-tanda pertolongan Allah SWT.
Petikan dari akhbar “Afaq Arabiyah”, Kaherah,Mesir Tarikh : 15 Mei 2002 Terjemahan bebas: Shahrul Azman Md Sani.

 

Bank untuk orang miskin

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) — Siapa pernah mendengar adanya bank yang
sanggup meminjamkan lebih AS$10 bilion kepada golongan miskin tanpa cagaran,
malahan kadar bayaran balik pula mencapai 98 peratus? Bagi mereka yang masih
belum mendengar kisah Bank Grameen, pertubuhan kredit mikro pertama di dunia,
ia sesuatu yang luar biasa.


Walaupun operasinya bercanggah dengan kesemua peraturan perbankan
konvensional, Bank Grameen berjaya membebaskan ramai rakyat Bangladesh
daripada kancah kemiskinan. Lebih mengagumkan lagi, ia sehinggakan
memperbaharui pembangunan sosial dan ekonomi bukan sahaja dalam negara malah
merentasi dunia.

Orang yang muncul di sebalik idea bank ini, yang juga pemenang hadiah Nobel,
ialah Profesor Dr Muhammad Yunus, pengasas dan Pengarah Urusan Bank Grameen,
yang mengasaskan bank itu pada 1970-an semasa rakyat negara itu mengalami
kebuluran.

Dan inspirasi itu muncul pada satu pagi tahun 1976, semasa beliau berjalan
melalui sebuah kampung untuk ke universiti di mana beliau adalah profesor
ekonomi.

“Saya didatangi seorang wanita miskin yang memberitahu bahawa beliau hanya mampu meraih keuntungan dua sen (AS) sahaja dalam sehari bagi sebuah kerusi buluh yang dihasilkannya, kerana beliau berhutang dengan peminjam wang. Peminjam wang itu memaksa beliau menjual barangannya pada harga yang begitu rendah sehingga beliau hanya mampu menikmati keuntungan dua sen (AS) sahaja setiap hari”.

Muhammad berkata, pada masa itu, beliau hanya perlu membayar peminjam wang
berkenaan AS$1 untuk melangsaikan hutang dan membebaskan wanita itu daripada
kitaran kemiskinan. Dan beliau lakukannya.

Kegembiraan dan kelegaan yang dirasai oleh wanita miskin itu memberi inspirasi
kepada Muhammad untuk mencari lagi mereka yang lain, yang masih berhutang
dengan peminjam wang berkenaan.

Beliau menemui 42 orang lagi dan hanya perlu membayar AS$27 sahaja untuk
melangsaikan hutang di samping dijadikan modal untuk membeli bahan mentah.
Dengan jumlah wang itu, akhirnya mereka berjaya membebaskan diri daripada
cengkaman hutang dan pada masa yang sama dapat menjual hasil produk kepada
pembida yang menawarkan harga tertinggi. Ini telah membawa penambahbaikan ke
atas status ekonomi mereka.

Dalam berbuat demikian, beliau telah membantu wanita pertama itu mengecapi
keuntungan AS$1.25 sehari, di sebalik hanya dua sen (AS) sebelum ini. Di
sinilah bermulanya laluan Muhammad untuk menubuhkan Bank Grameen yang
menamatkan kitaran “pendapatan rendah, simpanan rendah dan pelaburan rendah”.

Muhammad berkongsi sejarah penuh inspirasi bank ini semasa satu majlis makan
tengah hari di Malaysia baru-baru ini, sementara menyampaikan ucaptama bertema
“Perniagaan Sosial dan Pengurangan Kemiskinan”. Majlis makan tengah hari khas
ini dianjurkan oleh Khazanah Malaysia dan Akademi Pengarah Malaysia (Minda).

BANK UNTUK ORANG MISKIN

Grameen bermakna “luar bandar” atau “kampung” dalam bahasa Bangla. Slogannya
adalah “Bank bagi Miskin”. Ia menawarkan kredit mikro kepada penduduk miskin
luar bandar di Bangladesh, supaya mereka boleh memulakan atau membiayai
perniagaan dan meningkatkan pendapatan.

Muhammad berkata bank ini memberi pinjaman dalam jumlah kecil AS$200 setiap
orang kepada 8.3 juta peminjam di seluruh Bangladesh dan pinjaman itu dibayar
dalam bentuk ansuran bulanan. Apa yang mengagumkan, walaupun bank ini meminjam
kepada mereka yang hidup di bawah garis kemiskinan, ia berjaya mendapatkan
semula sehingga 98 peratus daripada pinjamannya.

Profesor ekonomi ini berkata prinsip asas bank ini sejak ditubuhkan ialah bank
harus sampai kepada rakyat dan bukan sebaliknya.

“Kita menemui kesemua 8.3 juta peminjam ini di pintu mereka. Mereka tidak perlu ke mana-mana. Kami bertemu dengan mereka setiap minggu dan menjalankan urusan perbankan di kediaman mereka. “Ia satu tugas yang besar. Tetapi ia satu-satunya cara kita boleh menggalakkan mereka menjalankan urusan perbankan dengan kami, memandangkan lebih 97 peratus daripada peminjam kami adalah wanita. Jika anda meminta mereka datang ke pejabat kami, itu tidak akan berlaku. Lelaki akan ambilalih tugas itu memandangkan merekalah yang selalu keluar. Wanita lazimnya tinggal di rumah menguruskan keluarga”, jelas beliau.

Timbul pula persoalan yang tidak dapat dielakkan: mengapa Bank Grameen lebih
suka memberi pinjaman kepada wanita? Jawapannya terdapat di laman web bank itu
seperti yang tertera di bawah:

“Wanita di Bangladesh diabaikan oleh masyarakat. Melalui peluang untuk bekerja sendiri serta akses kepada wang, Grameen Bank membantu memperkasa wanita. Selain daripada itu, kajian menunjukkan bahawa output keseluruhan pembangunan adalah lebih ketara apabila pinjaman diberikan kepada wanita dan bukannya lelaki, memandangkan wanita lebih kemungkinan untuk menggunakan hasil yang mereka peroleh untuk menambahbaik keadaan hidup mereka dan mendidik anak-anak mereka”.

BANK UNTUK PENDIDIKAN

Hari ini Grameen Bank dimiliki oleh golongan miskin luar bandar yang
bergantung kepada perkhidmatannya. Peminjam-peminjam bank itu memiliki 90
peratus daripada sahamnya, sementara baki 10 peratus dimiliki kerajaan.

Semasa menyaksikan kejayaan Bank Grameen dalam meningkatkan taraf hidup
peminjam-peminjamnya, satu lagi persoalan timbul di minda Muhammad: apa pula
masa depan keluarga-keluarga ini?

Ia bukan satu soalan yang ganjil, memandangkan kebanyakan ibu bapa buta huruf.
Ini boleh dikatakan menjamin kesinambungan kitaran tradisional kemiskinan,
masalah kesihatan dan sosial yang mengiringinya.
“Kami memutuskan bahawa kami mesti memberi jaminan kepada kanak-kanak daripada keluarga ini supaya meneruskan persekolahan untuk melepaskan diri daripada kitaran kemiskinan dan beralih ke peringkat baru kehidupan”, katanya. Jadi
rancangan itu dimulakan.

Kemudian sesuatu yang begitu hebat dan menarik berlaku. Kanak-kanak ini bukan
sahaja ke sekolah malahn mencapai kecemerlangan dalam pendidikan mereka.
Mereka menyambung pendidikan ke sekolah menengah dan seterusnya ke kolej.

“Terdapat beribu-ribu orang seperti mereka, yang mencapai kecemerlangan di sekolah-sekolah. Kami langsung tidak menjangka ini kerana untuk mereka ke sekolah rendah sahaja satu pencapaian terbaik yang boleh kita harapkan bagi kanak-kanak luar bandar ini. Tetapi realitinya lebih baik daripada apa yang kami jangka”, kata beliau.

Tetapi kemudian satu lagi masalah timbul. Sementara ibu bapa gembira yang anak
mereka berjaya dari segi akademik, kos pendidikan pula tinggi jauh melampaui
kemampuan mereka.

“Jadi kami mempunyai ramai kanak-kanak yang cemerlang daripada segi akademik tetapi tidak mampu meneruskan dengan pendidikan mereka. Kami berdebat dengan Bank Grameen mengenai cara terbaik untuk memastikan mereka meneruskan pengajian dan kami muncul dengan penyelesaian ini – untuk memperkenalkan pinjaman pendidikan. Kini, tiada siapa yang ketinggalan”.

Susulan itu, kini terdapat lebih 50,000 pelajar yang menerima manfaat daripada
pinjaman pendidikan Grameen di sekolah-sekolah perubatan dan kejuruteraan
merentasi seluruh Bangladesh.

Muhammad percaya kanak-kanak dari keluarga yang kaya tidak lain daripada yang
miskin. Bagaimanapun, daripada segi peluang, terdapat perbezaan yang besar.

“Dan inilah yang membawa perbezaan besar dalam kehidupan mereka. “Jika kanak-kanak miskin ke sekolah-sekolah terbaik di dunia dan bersaing menggunakan bakat terbaik yang ada pada mereka, mereka pasti berupaya dan berbakat seperti mana orang lain”.

PENUNTUT GRAMEEN DI MALAYSIA

Muhammad jelas dilihat bercakap mesra mengenai Malaysia dan hubungan beliau
bersama Ketua Pegawai Eksekutif Khazanah Tan Sri Azman Mokhtar. Muhammad telah
banyak kali melawat Malaysia, walaupun sebelum idea Grameen bermula di luar
Bangladesh.

“Malaysia bagaikan kediaman kedua saya. Sebenarnya, kali pertama idea Grameen diperkenalkan di luar Bangladesh ia adalah di Malaysia, dengan yang pertama di Pulau Pinang”, jelas beliau.

Pada 1994, Muhammad menerima anugerah Tun Abdul Razak sebagai menghargai
sumbangan beliau kepada dunia. Sejak Bank Grameen diperkenalkan pada 1976,
beliau mengasaskan 25 syarikat yang kesemuanya bertujuan menambahbaik taraf
hidup golongan miskin.

Selepas mendengar sentimen Muhammad terhadap pendidikan, Azman dengan segera
muncul dengan idea menyediakan biasiswa bagi pelajar Grameen untuk belajar di
Malaysia.

Hari ini, Yayasan Khazanah menaja 10 penuntut yang adalah anak-anak kakitangan
Bank Grameen di universiti-universiti terpilih di Malaysia melalui Biasiswa
Khazanah Asia. Yayasan ini juga setiap tahun memilih lima pelajar daripada
keluarga miskin yang menggunakan khidmat Bank Grameen untuk menerima
biasiswanya.

Hari ini, bank ini merupakan sumber inspirasi dan model bagi banyak institusi
dalam bidang kredit mikro.

Tetapi di Bangladesh, ia lebih daripada itu. Ia mengenai masa depan peminjam
generasi kedua, kata Muhammad.

“Ke mana mereka boleh pergi, apa yang mereka boleh buat. Mereka tidak lagi perlu balik ke kitaran kemiskinan. Mereka boleh mengharapkan masa depan lebih baik”.

— BERNAMA

Sumber asli: http://wacanaku2009.blogspot.com/2011/01/tahukah-korang-bank-ape-yang-paling.html#ixzz1WmZShIir

Dia terkenal dikalangan penduduk langit

Dia Tidak Dikenali Di Dunia Tapi Seluruh Penghuni Langit Mengenalinya….

Ada seorang pemuda bermata biru, berambut keperangan, bahunya lebar dan berpenampilan cukup tampan, hidup pada zaman Rasulullah SAW. Beliau yang berkulit kemerah-merahan selalu menundukkan dagunya memerhatikan tempat sujudnya, tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya, seorang yang mahir membaca al-Quran dan selalu menangis. Pakaiannya hanya dua helai yang sudah kusut. Satu untuk menutup badan dan yang satu lagi sebagai selendang. Tiada orang yang menghiraukan, dan tidak dikenali oleh penduduk bumi akan tetapi sangat terkenal di langit.

Tetapi seandainya dia berdoa, pasti terkabul.

Pada hari kiamat nanti ketika semua ahli ibadah dipanggil dan disuruh masuk ke syurga, dia dipanggil agar berhenti dahulu dan disuruh memberi syafa’at, ternyata Allah memberi izin kepadanya untuk memberi syafa’at sejumlah kabilah Rabi’ah dan kabilah Mudhar.Semua akan dimasukkan ke syurga tanpa seorangpun yang ketinggalan kerananya. Dia adalah “Uwais al-Qarni”. Ia tak dikenal kebanyakan orang, ia juga miskin, banyak orang suka menertawakan, mengolok-olok, dan menuduhnya sebagai pengemis, pencuri serta berbagai macam umpatan dan penghinaan lainnya.

Seorang fuqaha’ negeri Kuffah, kerana ingin duduk bersamanya, cuba memberinya hadiah dua helai pakaian, tetapi tidak berbaloi kerana hadiah pakaian tadi diterimanya tetapi dikembalikan olehnya seraya berkata: “Aku khuatir, nanti ada orang menuduhku, dari mana aku dapatkan pakaian itu, kalau bukan dari mengemis pasti dari hasil curian”.

pemuda dari Yaman ini telah lama menjadi yatim, tidak mempunyai keluarga, kecuali hanya ibunya yang telah terlalu tua dan lumpuh. Penglihatannya pula sudah kabur. Untuk mencukupi kehidupan sehariannya, Uwais bekerja sebagai penggembala kambing. Upah yang diterimanya hanya cukup untuk sekadar menampung kehidupan sehari bersama si ibu. Bila ada kelebihan, ia pergunakan untuk membantu jiran tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan seperti keadaannya.Kesibukannya sebagai penggembala kambing dan merawat ibunya yang lumpuh dan buta, tidak mempengaruhi kegigihan ibadahnya, ia tetap melakukan puasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya.

Uwais al-Qarni telah memeluk Islam pada masa negeri Yaman mendengar seruan Nabi Muhammad SAW. yang telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tiada sekutu bagi-Nya. Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur dan mulia. Peraturan-peraturan yang terdapat di dalamnya sangat menarik hati Uwais, sehingga setelah seruan Islam datang di negeri Yaman, ia segera memeluknya, kerana selama ini hati Uwais selalu merindukan datangnya kebenaran. Ramai di antara jiran tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke Madinah untuk mendengar ajaran Nabi Muhammad SAW secara langsung. Sekembalinya mereka ke Yaman, mereka memperbaharui rumah tangga mereka dengan cara kehidupan Islam.

Alangkah sedihnya hati Uwais setiap kali melihat jiran tetangganya yang baru datang dari Madinah. Mereka itu telah “bertamu dan bertemu” dengan kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang ia sendiri belum berkesempatan.Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk bertemu dengannya. Tetapi apakan daya ia tak punya bekal yang cukup untuk ke Madinah, dan yang lebih ia beratkan adalah ibunya yang jika dia pergi, tiada orang yang akan menjaganya.

Di khabarkan, ketika terjadi perang Uhud Rasulullah SAW mendapat cedera dan giginya patah karena dilempari batu oleh musuh-musuhnya. Khabar ini akhirnya terdengar oleh Uwais. Ia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada Rasulullah SAW, sekalipun ia belum pernah melihatnya. Hari berganti dan musim berlalu, dan kerinduan yang tak terbendung membuat hasrat untuk bertemu dengan Rasulullah tidak dapat dipendam lagi. Uwais merenungkan diri dan bertanya dalam hati, bilakah ia dapat menziarahi Nabinya dan memandang wajah baginda dari dekat ? Tetapi, bukankah ia mempunyai ibu yang sangat memerlukan penjagaannya dan tidak boleh ditinggal bersendirian. Hatinya selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa.

Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati ibunya, mengeluarkan isi hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan pergi menziarahi Nabi SAW di Madinah. Si-ibu, walaupun telah uzur, merasa terharu ketika mendengar permohonan anaknya. Beliau memahami perasaan Uwais, lalu berkata : “Pergilah wahai anakku ! temuilah Nabi di rumahnya. Dan bila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang”. Dengan rasa gembira ia berkemas untuk berangkat dan tidak lupa menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan kepada jiran tetangganya agar dapat menemani ibunya selama ia pergi.

Sesudah berpeluk cium dengan ibunya, berangkatlah Uwais menuju Madinah yang jaraknya lebih kurang empat ratus kilometer dari Yaman. Laluan perjalanan yang begitu mencabar ditempuhinya, tidak peduli kepada perompak dan penyamun, bukit yang curam, padang pasir yang begitu panas, seluas dan sejauh mata memandang dan dapat menyesatkan, dan apabila malam ia menjadi begitu sejuk. Semua itu tiada menjadi hal baginya asalkan dapat bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras rupa baginda Nabi SAW yang selama ini dirindukannya.

Akhirnya tibalah Uwais al-Qarni di kota Madinah. Beliau segera menuju ke rumah Nabi SAW, diketuknya pintu rumah, sambil mengucapkan salam. Keluarlah Sayyidatina Aisyah RA sambil menjawab salam Uwais. Uwais bersegera menanyakan Nabi yang ingin ditemuinya. Namun ternyata baginda SAW tidak berada di rumah melainkan berada di medan perang. Betapa kecewa hati Uwais. Dari jauh ia datang untuk bertemu Rasulullah tetapi yang dirindukannya tidak berada di rumah. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kepulangan Nabi SAW dari medan perang. Tetapi, bilakah baginda akan pulang ? Sedangkan masih terngiang di telinga pesan ibunya yang sudah tua dan sakit, agar ia cepat pulang ke Yaman,” Engkau harus lekas pulang”. Kerana ketaatan kepada ibunya, pesanan ibunya tersebut telah mengalahkan suara hati dan kemahuannya untuk menunggu dan bertemu dengan Nabi SAW. Akhirnya, dia terpaksa memohon keizinan Sayyidatina Aisyah RA untuk segera pulang ke negerinya. Dia hanya mengirimkan salamnya untuk Nabi SAW dan melangkah pulang dengan perasaan terharu.

Sekembalinya dari medan perang, Nabi SAW terus menanyakan tentang kedatangan orang yang mencarinya. Nabi Muhammad SAW menjelaskan bahawa Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni langit (sangat terkenal di langit). Mendengar kata-kata Rasulullah SAW tersebut, Sayyidatina Aisyah RA. dan para sahabatnya tercengang. Menurut maklumat Sayyidatina Aisyah RA, memang benar ada orang yang mencari Nabi SAW dan segera pulang kembali ke Yaman, kerana ibunya sudah tua dan sakit-sakit sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama. Rasulullah SAW bersabda : “Kalau kalian ingin berjumpa dengannya (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah tapak tangannya.” Sesudah itu baginda memandang kepada Sayyidina Ali dan Sayyidina Umar RA. dan bersabda : “Suatu hari nanti, apabila kamu bertemu dengannya, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi”.

Hari demi hari, minggu berganti bulan dan tahun terus berlalu. Tidak lama kemudian Nabi SAW wafat, sehingga ke zaman khalifah Sayyidina Abu Bakar As-Shiddiq RA. dan zaman Khalifah Umar RA. Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi SAW. tentang Uwais al-Qarni, penghuni langit. Beliau segera mengingatkan sayyidina Ali untuk mencarinya bersama. Sejak itu, setiap kali jika ada kafilah yang datang dari Yaman, beliau berdua selalu bertanya tentang Uwais al-Qarni, apakah dia turut bersama mereka. Di antara kafilah-kafilah itu ada yang merasa hairan, apakah sebenarnya yang terjadi sehingga seorang khalifah begitu sibuk mencari-cari orang yang bernama Uwais ini. Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka.

Suatu ketika, Uwais al-Qarni turut bersama rombongan kafilah menuju ke kota Madinah. Melihat ada rombongan kafilah yang datang dari Yaman, lantas khalifah Umar dan Sayyidina Ali mendatangi mereka dan bertanya apakah Uwais turut bersama mereka. Rombongan itu mengatakan bahawa memang ada seorang yang bernama Uwais bersama mereka dan sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawapan itu, mereka berdua bergegas pergi menemui Uwais al-Qarni. Sesampainya di khemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar dan Sayyidina Ali memberi salam. Namun rupa-rupanya Uwais sedang melaksanakan solat. Setelah mengakhiri solatnya, Uwais menjawab salam kedua tamu agung tersebut sambil bersalaman. Sewaktu berjabat, Khalifah Umar segera membalikkan tangan Uwais, untuk membuktikan kebenaran tanda putih yang berada ditapak tangannya sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi SAW. Memang benar ! Dia penghuni langit. Lalu mereka bertanya kepadanya, “Siapakah nama saudara ? “Abdullah”, jawab Uwais. Mendengar jawaban itu, kedua sahabat itu pun tertawa dan mengatakan : “Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya ?” Uwais kemudian berkata: “Nama saya Uwais al-Qarni”. Dalam perbualan mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais telah meninggal dunia. Itulah sebabnya, ia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang ketika itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan Ali memohon agar Uwais berkenan mendoakan untuk mereka. Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah, “Sayalah yang harus meminta doa dari kalian”. Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata: “Kami datang ke sini untuk mohon doa dan istighfar dari anda”. Karena desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qarni akhirnya mengangkat kedua tangannya, berdoa dan membacakan istighfar.

Setelah itu Khalifah Umar berjanji untuk menyumbang wang negara dari Baitul Mal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya. Segera saja Uwais menolak dengan lembut sambil berkata : “Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi”.

Setelah kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam tak terdengar lagi beritanya. Tetapi ada seorang lelaki pernah bertemu dan ditolong oleh Uwais. “Waktu itu kami sedang berada di atas kapal menuju tanah Arab bersama para pedagang, tanpa disangka-sangka angin taufan bertiup dengan kencang. Akibatnya hempasan ombak menghentam kapal kami sehingga air laut masuk ke dalam kapal dan menyebabkan kapal semakin berat. Pada saat itu, kami melihat seorang laki-laki yang mengenakan selimut berbulu di sudut kapal yang kami tumpangi, lalu kami memanggilnya. Lelaki itu keluar dari kapal dan melakukan solat di atas air. Betapa terkejutnya kami melihat kejadian itu.” Ujar lelaki tersebut

“Wahai waliyullah,” Tolonglah kami !” tetapi lelaki itu tidak menoleh. Lalu kami berseru lagi,” Demi Zat yang telah memberimu kekuatan beribadah, tolonglah kami!”Lelaki itu menoleh kepada kami dan berkata: “Apa yang terjadi ?” “Tidakkah engkau melihat bahawa kapal ini dibadai angin dan dihentam ombak ?”tanya kami. “Dekatkanlah diri kalian pada Allah !“katanya. “Kami telah melakukannya.” “Keluarlah kalian dari kapal dengan membaca bismillahirrahmaanirrahiim!” Kami pun keluar dari kapal satu persatu dan berkumpul di situ. Pada ketika itu jumlah kami lima ratus orang lebih. Sungguh ajaib, kami semua tidak tenggelam, sedangkan kapal dan segala muatannya tenggelam ke dasar laut. Lalu orang itu berkata pada kami ,”Tak mengapa harta kalian menjadi korban asalkan kalian semua selamat”. “Demi Allah, kami ingin tahu, siapakah nama Tuan ? “Tanya kami. “Uwais al-Qarni”. Jawabnya dengan singkat.

Kemudian kami berkata lagi kepadanya, “Sesungguhnya harta yang ada di atas kapal tersebut adalah milik orang-orang fakir di Madinah yang dikirim oleh orang Mesir.” “Jika Allah mengembalikan harta kalian. Apakah kalian akan membagi-bagikannya kepada orang-orang fakir di Madinah?” tanyanya.”Ya,”jawab kami. Orang itu pun melaksanakan solat dua rakaat di atas air, lalu berdo’a. Setelah Uwais al-Qarni mengucap salam, tiba-tiba kapal itu muncul ke permukaan air, lalu kami menumpanginya dan meneruskan perjalanan. Setibanya di Madinah, kami membahagi bahagikan seluruh harta kepada orang-orang fakir di Madinah, tiada seorangpun yang
tertinggal.

Beberapa waktu kemudian, tersebarlah berita bahawa Uwais al-Qarni telah kembali ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan tiba-tiba sudah ramai orang yang berebutan untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafani, di sana sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafaninya. Demikian pula ketika orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke perkuburan, luar biasa ramainya orang yang berebut rebut untuk mengusungnya. Dan Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan,

“Ketika aku ikut serta mengurus jenazahnya sehingga aku pulang dari mengantar jenazahnya, lalu aku bermaksud untuk kembali ke tempat perkuburannya tetapi ternyata tanda pada kuburannya sudah hilang sehingga tak terlihat ada bekas kuburannya. (Syeikh Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qarni pada masa pemerintahan Sayyidina Umar r.a.) Meninggalnya Uwais al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat menghairankan. Begitu ramai orang yang tidak dikenali datang untuk mengurus jenazah dan pengkebumiannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tidak dihiraukan orang. Sejak ia dimandikan sampai ketika jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang. Mereka saling bertanya-tanya : “Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qarni ? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tak memiliki apa-apa, yang kerjanya hanyalah sebagai penggembala kambing dan unta ? Tapi, ketika hari kematianmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenal. Mereka datang dalam jumlah yang sedemikian ramainya. Agaknya mereka adalah para malaikat yang di turunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pengkebumiannya. Baru ketika itulah penduduk Yaman mengetahui siapa “Uwais al-Qarni” Memang ia tak dikenali di bumi tetapi seluruh isi langit mengenalinya…..

 

sumber : http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=20578#664631

Al-Kisah golongan Anti-Tazkirah dengan Maharaja China

Pada pandangan ana, Ramadhan tahun ini nampak berbeza daripada ramadhan-ramadhan sebelum ini. Pelik dan Takjub. Ramadhan tahun ini ana lihat bilangan jemaah ‘terawih’ tidak seperti dahulu.

Dulu-dulu di kebanyakkan masjid-masjid dan surau-surau di Selangor, pada awal Ramadhan, masya’allah ramai jemaah. Sampai terpaksa buat khemah di luar. Siap kena agihkan tikar sholat tambahan. Tetapi, semakin minggu berlalu, minggu demi minggu semakin berkurangan jemaah. Hingga lahpada pengakhiran minggu ke-4. Tinggal tak sampai 1 saf.

Bak kata ustaz-ustaz. Jemaah Terawih ni, seumpama ‘kahwin’ jugak. 1, banyak-banyak… 2, sikit-sikit… 3, jarang-jarang dan 4, kadang-kadang…

Pada Ramadhan kali ini, sehingga malam 28 Ramadhan, nampak berbeza sekali. Tidak seperti teka-teki yang diberi kepada Pak Nujum Belalang. Apakah ramuan dan rahsia Sholat Terawih pada tahun ini?

Hah ini lah perlu Jabatan-jabatan agama dan kerja senator JPM yang dilantik tu, untuk siasat dan buat kerja mereka. Boleh dapat tesis sekurang-kurangnya Sarjan, insya’allah.

Disini ingin ana cerita sebuah kisah ikhtibar, yang ana perolehi daripada salah satu malam Ramdhan ini jugak. Ianya agak sesuai dengan tajuk perbincangan ana ini, ada siasat menyiasat, ada satu golongan yang tidak suka, dan ada pihak berkuasa.

Dimasa dahulu, semasa zaman pemerintahan seorang maharaja China yang terkenal (ana lupa namanya), terdapat lah sebuah masjid mengadakan sessi tazkirah pada setiap malam.

Nak jadi cerita, ada juga segolongan manusia yang tidak suka akan tazkirah ini, lalu cuba menimbulkan fitnah dan melaporkan kepada maharaja bahawa tazkirah dimasjid itu adalah satu ancaman kepada maharaja. Didalam tazkirah itu, para jemaah telah diseru untuk memberontak menentang maharaja.

Maka, maharaja sendiri telah turun padang, menyamar sebagai salah seorang jemaah masjid tersebut dan telah turun mendengar tazkirah yang disampaikan selama beberapa malam.

Nak jadi cerita, pada satu malam, apabila penceramah mengajukan soalan sekiranya ada sebarang pertanyaan, maka bangunlah maharaja tersebut dan menyatakan bahawa beliau adalah maharaja China.

Terkejut semua para jemaah dan takut. Maka diperlawa maharaja kedepan mimbar untuk menyampaikan titah. Maka maharaja kedepan dan menyampaikan titahnya. Berikut adalah titahnya (lebih kurang).

“Selama beberapa malam ini, beta telah menyamar sebagai jemaah ke masjid ini, kerana beta telah menerima aduan bahawa program tazkirah yang di buat di masjid ini, telah disalah guna untuk mencetuskan pemberontakkan kepada beta. Tetapi, setalah mendengar tazkirah-tazkirah yang disampaikan, beta amat terharu dan suka. Kerana tazkirah itu adalah baik, menyeru rakyat untuk melakukan amal mulia, berusaha, taat kepada tuhan dan sebagainya. Maka dengan ini, beta titahkan. Sesiapa yang menabur fitnah keatas masjid ini. Mereka akan dipancung”.

Masya’allah. Betapa hebatnya maharaja china tersebut. Tidak percaya kepada cerita-cerita dari mulut orang lain, dan mahukan kebenaran dan kepastiaan dengan dirinya sendiri. Masih adakah pemerintah sebegini di dunia? ataupun di Malaysia ini? Beliau mencontohi Rasulullah dan Para sahabat, walaupun bukan muslim.

Tak salah juga bila salah seorang ulamak berkata (lebih kurang), “Di bumi Islam, saya nampak ramai MUSLIM, tetapi di negara barat, saya nampak ISLAM”. Masya’allah, benar lah apa yang dikatakan. Di bumi islam seperti Malaysia, Indonesia, negara-negara Arab dan lain-lain. Memang kita nampak ramai orang Islam, tetapi di negara Barat, kita tengok, negara itu lebih islami, iaitu mengamalkan apa yang disuruh oleh Islam. Di negara Islam, RASUAH, kebersihan alam sekitar, semangat kerjasama, hormat menghormati, melaporkan berita FITNAH dll dianggap REMEH. Tetapi kita tengok apa yang dibuat di negara BARAT. Berani mereka MERASUAH, berani mereka mengamalkan KRONISMA dll.

Berbalik kepada kisah tadi, dapat lah dirumuskan peranan kita dan pemerintah dalam beberapa perkara yang ana sampaikan diatas amatlah penting. Jangan bertindak sebelum PASTI kebenarannya dan ikutilah ajaran dan suruhan Rasullullah dan para sahabat.

Kelebihan negara islam adalah kita memiliki IMAN, manakala negara Barat memiliki AKHLAK yang baik. Sekiranya negara Islam memiliki kedua-duanya, IMAN dan AKHLAK sempurna, Pasti negara Islam bakal menjadi CEMERLANG, GEMILANG dan TERBILANG.

Berbalik kepada misteri Ramadhan kali ini. Apakah rahsia yang menyebabkan jemaah Terawih pada tahun ini berbeza dari tahun sebelumnya? Rahsianya adalah “TAZKIRAH” . PadaRamadhan kali ini, kerajaan negeri Selangor telah memainkan peranan dengan menggalakkan masjod-masjid dan surau-surau untuk mengadakan Tazkirah.

Pada permulaannya memang ada segolongan yang ANTI-TAZKIRAH ini, tetapi lama kelamaan, setelah mendengar Tazkirah yang disampaikan. Makin sejuk hati dan makin rapat dan kerap mengunjungi rumah Allah. Alhamdulillah. Tambahan pula majlis-majlis ILMU ini, para penceramahnya hebat-hebat belaka.

Moga-moga, majlis ILMU seumpama ini diteruskan, bukan sahaja dibulan Ramadhan sahaja, malahan di bulan-bulan lain, dan moga-moga ianya menjadik ikutan, pada negeri-negeri lain. Insya’allah.

Dengan ini ana ingin akhiri pandangan ana yang tak seberapa ini dengan ucapan Selamat Menyambut Ramadhan dengan sepenuh jiwa. Bak kata ustaz, “Seperti Ramadhan terakhir kamu”, dan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat yang beragama Islam, dan selamat bercuti panjang bagi yang beragama lain, semoga kita bertemu lagi di Ramadhan tahun depan, insya’allah. Maaf zahir batin. “Taqabarallahhu minna wa minkum”.

 

kredit kpd Ketambatu / tranungkite ; http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=8430&mode=&order=0&thold=0

Anak yang hebat

Ini adalah kisah benar yang menyayat hati iaitu kisah seorang kanak-kanak di China yang mendapat anugerah tinggi dari kerajaannya kerana dikatakan telah melakukan “PERBUATAN YANG LUAR BIASA”. Di antara 9 orang penerima anugerah itu, dia merupakan satu-satunya kanak-kanak yang terpilih dari 1.4 billion jumlah penduduk China kerana kesukaran hidup dan pengorbanan menjaga bapanya. Sejak dia berusia 10 tahun kanak-kanak ini ditinggal oleh ibunya yang sudah tiada akibat tidak tahan hidup bersama suaminya yang sakit teruk dan sangat miskin. Sejak itu Zhang Da, demikian nama kanak-kanak itu, hidup dengan ayahnya yang tidak bekerja, tidak boleh berjalan dan sakit-sakit. Dia terlalu kecil untuk memikul tanggungjawab yang berat itu, namun dia tetap berjuang. Dia bersekolah dengan berjalan kaki melalui hutan kecil. Oleh kerana dia tidak bersarapan, semasa perjalanan itu dia makan daun-daun, biji-bijian dan buah-buahan yang dia temui. Dia juga mencuba memakan sejenis rumput, sehingga dia tahu mana yang masih boleh diterima lidahnya dan mana yang tidak. Pulang sekolah, dia bekerja memecah batu-batu besar. Upah sebagai tukang pecah batu digunakan untuk membeli beras dan ubat-ubatan untuk ayahnya. Setiap hari dia mendukung ayahnya ke bilik air dan juga memandikan ayahnya. Dia membeli beras dan membuatkan bubur untuk ayahnya. Segala urusan lain pun dia yang mengerjakannya sendirian. Ubat yang mahal dan jauh membuatkan Zhang memikir untuk menemukan cara terbaik untuk mengubati ayahnya. Dia pun belajar tentang ubat-ubatan melalui sebuah buku bekas yang ia beli.Dia belajar bagaimana seorang jururawat memberikan suntikan. Setelah berasa dia boleh, dia sendiri yang menyuntik ayahnya. Ketika acara anugerah tersebut berlangsung, pengacara bertanya apa yang diinginkan Zhang Da ”Apakah wang atau lainnya. Disini ada banyak pejabat, peniaga, juga ada ratusan juta penonton telivision, mereka boleh dan bersedia membantumu nak!” Namun apa yang dikatakan Zhang Da sangat sungguh mengejutkan kepada siapapun, dia hanya berkata, ”Aku tidak mahu apa-apa, aku hanya ingin ibuku kembali!.” Kisah di atas bukan saja mengharukan namun juga menimbulkan kekaguman. Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dapat menjalankan tanggung jawab yang berat selama 5 tahun. Kesulitan hidup telah membuatkan kanak-kanak tersebut menjadi kuat dan pantang menyerah. Zhang Da boleh dikatakan sangat berbeza dengan anak-anak kita. Dengan alasan sayang, kita selalu membantu anak-anak sudah mampu membuatnya sendiri.Ada kanak-kanak yang sudah bersekolah rendah pun masih disuap, dan memakai bajupun masih dibantu. Juga seperti ucapan Zhang Da, pesanan kepada kita yang berumahtangga supaya menyayanyi keluarga masing-masing. Jangan kerapa pentingkan diri sendiri, kanak-kanak yang kecil dan tidak berdosa menjadi mangsa.