Sifat-sifat Rasulullah saw


Diriwayatkan daripada Saidina Hasan bin Ali r.a, saya bertanya bapa saudara saya, Hindun b. Abi Halah, beliau adalah seorang yang pandai menyifatkan tentang diri Rasulullah, aku berkata: beritahu aku tentang sifat-sifat percakapan Rasulullah. Maka beliau berkata: Adalah Rasulullah….(Di bawah adalah kesimpulan daripada sambungan teks hadis)

…….

1. Hatinya sentiasa berdukacita dan sedih sambil mukanya sering menzahirkan kegembiraan. (Hanya orang yang berdekatan dengannya akan merasai kesedihannya)

2. Beliau adalah orang yang sentiasa berfikir. (Tentang ummatnya)

3. Beliau ialah orang yang tidak pernah berehat melainkan sentiasa bekerja kepada Ummat. (Pernah suatu ketika Saidatina Aisyah r.a menyuruh baginda tidur lalu baginda berkata bagaimana aku hendak lelapkan mata jika hati ini sentiasa jaga?)

4. Beliau banyak mendiamkan diri darpada berkata-kata. (Beliau pernah berkata: Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka katakanlah kalam-kalam yang baik atau diam)

5. Beliau tidak bercakap pada perkara yang tidak berhajat kepadanya. (Perkatannya adalah tidak bercampur perkara-perkara yang lagha dan tidak penting seperti firman Allah : Dia tidak bercakap mengikut nafsu, ianya tidak lain melainkan wahyu yang diturunkan)

6. Dia memulakan dan mengakhiri kalamnya dengan nama Allah. (Seperti sabdanya: setiap perkara yang baik jika tidak dimulakan dengan basmalah maka perkara itu terpotong – kurang keberkatan)

7. Dia berkata dengan perkataan yang sedikit tetapi mempunyai banyak makna.

8. Percakapannya terputus-putus atau satu, satu. Tiada lebih dan tiada kurang padanya.

9. Tidak ada pada kata-katanya perkataan yang kasar malah menghina orang lain.

10. Beliau sentiasa membesarkan nikmat Allah walaupun kecil dan halus.

11. Beliau tidak pernah mencela, walaupun benda itu dirasainya dan tidak juga selalu memuji.

12. Dunia tidak pernah membuatkan dia marah, malah tiada tempat bagi dunia di sisinya.

13. Apabila kebenaran dinodai maka tiada seorang pun yang boleh menyekat kemarahannya sehingga dia memenangkan kebenaran tersebut.

14. Dia tidak pernah marah untuk hajat dirinya dan tidak pernah memenangkan sesuatu untuk dirinya.

15. Jika dia menunjukkan sesuatu dia menggunakan keseluruhan jarinya.

16. Apabila dia marah, Dia akan berpaling tubuhnya daripada perkara yang membuatkan dia marah.

17. Apabila dia gembira dia menundukkan kepalanya.

18. Ketawanya yang paling besar (kuat) adalah dengan tersenyum. (Diriwayatkan pernah baginda tersenyum hingga menampakkan giginya, lalu terpancarlah cahaya ke dinding-dinding tempat tersebut)

* Dipetik daripada kitab Syamail Muhammadiah karangan Al-Imam Abu Isa At-Tirmizi.

2 Responses to Sifat-sifat Rasulullah saw

  1. dann berkata:

    pesanan penuh bermakna..sama2lah kita menghayati pesanan tersebut

  2. mantiqo berkata:

    selalulah dtg tengok laman nih yer..tq

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: