Tipudaya Sosialis dmasa kemelesetan


Banished: ‘The Forsaken’, adalah sebuah buku yang menyedihkan, kisah ribuan warga Amerika yang semasa Kemelesetan, diperdaya dengan propaganda Soviet yang disebarkan oleh orang seperti George Bernard Shaw dan koresponden Moscow New York Times, Walter Duranty, berhijrah ke USSR untuk mencari pekerjaan dan memainkan peranan dalam membina sosialisme. Kata penulisnya, ia merupakan migrasi besar yang paling kurang dihebahkan dalam sejarah Amerika dan pada ketika buat pertama kali dalam sejarah, lebih ramai orang meninggalkan Amerika. Kebanyakan dari mereka bukan intelektual tetapi pekerja biasa, yang setibanya di sana berasa kecewa dan mahu kembali tetapi mendapai Moscow menganggap mereka sebagai warga dan tidak membenarkan mereka pulang. Tidak diendahkan oleh kerajaan Amerika, ramai yang berakhir di gulag.
Mereka datang ke Rusia penuh dengan semangat, dan bersedia untuk menyesuaikan diri. Orang Rusia berasa susah untuk mempercayai kisah Amerika tentang kesusahan hidup apabila terlihat pakaian mereka yang mewah menurut standard Rusia. Dan para pendatang itu tidak bersedia untuk kemiskinan dan keruntuhan undang-undang yang digambarkan dalam kehidupan di bawah Stalin, dan ramai dalam kebanyakan kes mahu pulang. Mereka kemudian menyedari, apabila mereka menyerahkan pasport Amerika sebaik tiba di Soviet (yang kemudiannya digunakan agen Soviet di Amerika), mereka secara automatik menjadi warga Soviet. Protes dan rayuan kepada pihak Amerika menyebabkan mereka dilihat sebagai pengacau oleh Moscow dan menyebabkan tangkapan dan akhirnya dihantar ke kem tahanan.
Stalin, dengan yang paranoia semakin membesar, tidak mempedulikan pendatang ini. Sebab pertamanya kerana beliau bimbang mereka akan menyebarkan rasa tidak puas hati di kalangan warga Soviet. Satu lagi adalah bimbang penghantaran pulang mereka akan menyebabkan pendatang ini menyedarkan warga Amerika lain tentang keadaan teruk di USSR. Jadi beliau mengarahkan supaya mereka dilayan sebagai warga Soviet, dituduh dengan pengkhianatan dan diasing dalam Gulag yang kemungkinan besar berakhir dengan kematian.
Penulis, Tim Tzouliadis, yang kini seorang pembuat dokumentari dan wartawan televisyen, memberikan contoh bagaimana Jabatan Negara Amerika dan pegawai konsular di Moscow tidak menghiraukan rayuan bantuan daripada pelarian ini. Namun, beliau berlaku tidak adil terhadap pihak berkuasa Amerika dalam menekankan kegagalan mereka memberikan bantuan. Tambahan pula, mereka tidak diculik, tetapi pergi ke Rusia secara sukarela dan dalam kebanyakan kes, pihak berkuasa Amerika tidak dapat menentukan sama ada kerakyatan Amerika mereka diserahkan secara sukarela atau tidak.
Buku ini turut menyentuh hubungan Amerika-Soviet pada tahun 1930an dan 1940an, dan pandangan tokoh-tokoh Amerika ketika itu. Kita juga diberikan contoh kenaifan Franklin Roosevelt, yang tidak mempunyai pengetahuan asas tentang rejim Komunis apabila beliau dilaporkan berkata, “Bagaimana Stalin mampu membeli kesemua kilang ini?” Begitu juga dengan Naib Presiden, Henry Wallace yang melawat kem tahanan d Magadan dan mendapati tidak ada apa-apa masalah. Sementara duta Amerika ke Moscow, Joseph Davies menerima sahaja perbicaraan Stalin. Tokoh-tokoh ini menenggelamkan mereka yang melarikan diri ke Soviet, yang hanya muncul dalam buku ini tanpa wajah dan nama.
Satu-satunya imigran yang hadir dengan personaliti berbeza adalah Thomas Sgovio, seorang artis dari Buffalo dan anak kepada Komunis Amerika, yang terselamat di kem Kolyma dan sekembalinya ke Amerika menerbitkan memoirnya.
Sgovio tiba di Moscow pada tahun 1935. Pada mulanya semuanya baik. Tetapi pada tahun 1938, bapanya dan kawan-kawannya ditahan, Sgovio pergi ke kedutaan Amerika untuk meminta bantuan. Beliau ditahan selepas itu dan dipenjara lima tahun di kem Kolyma, sebuah tempat yang mempunyai cuaca terendah di dunia. Apabila tamat tempohnya, beliau dipenjarakan: daripada 25 tahun beliau hidup di Soviet, 16 tahun dihabiskan di kem tahanan. Akhirnya pada tahun 1960 beliau dibenarkan kembali ke Amerika. Tragedi yang menimpanya turut dialami mereka yang lebih buruk nasibnya, termasuk bapanya, yang menghabiskan masa sepuluh tahun memburuh, dan mati selepas dibebaskan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: