MASALAH DALAMAN NEGARA : ISU PPSMI


Dewasa kini kita telah byk diuji oleh mana2 pihak yang telah cuba menggugat akidah islam dan kestabilan politik kita.Misalnya isu PPSMI,sy melihat tiada mslh kpd pelajar jika dskolah semua mataplajaran d ajar dlm bahasa Melayu.ini kerana Malaysia ini adalah Negara yg bermajoriti berbangsa MELAYU.Oleh itu saya lebih suka pembelajaran dlm bahasa Melayu.Bahasa adalah pengantar maklumat bagi satu2 bangsa,oleh itu wajarkah Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar???

Mengapakah kita tidak mencontohi kejayaan pembangunan rakyat2 Korea ataupn Jepun??Penggunaan Bahasa Inggeris mereka kurang namun mereka jauh lebih maju dari kita??mengapa?? ini kerana berkemungkinan adanya kelemahan dasar pendidikan negara kita.

 

JANGAN JADI NEGARA MEMACU KEMUNDURAN

Biarlah kita menggunakan cara yang lebih mudah daripada cara yang terlalu canggih namun merumitkan keadaan negara kita.Janganlah jadi negara Turki,melalui proses pemansuhan penggunaan bahasa arab dalam urusan rasmi kepada bahasa turki dan penggunaan tulisan rumi…Negari ini telah melalui proses ini skarang.Negara kita telah semakin hari semakin bertukar wajah :-

 

Tahun sebelum merdeka – penggunaan bahasa jawi msh dkekalkan

Beberapa tahun kemudian – penggunaan tulisan jawi telah mulai pudar

Selepas Era Bapa Pembangunan – Isu2 PPSMI diwujudkan dan reaksi rakyat nmpak “panas” pada masa ini.

 

CADANGAN SAYA MENGENAI ISU PPSMI

 

Setelah diamati dan dikaji,saya cadangkan untuk menggantikan PPSMI ini dengan kaedah terbaru mengenai dasar2 pendidikan ini.

 

  1. Menjemput dan mengambil pelajar tempatan lulusan universiti luar negara untuk membuat buku rujukan dan buku teks berbahasa melayu.
  2. Mereka (pelajar lulusan luar negara) dijadikan ajk pendidikan negara untuk menapis,menterjemah dan mengkaji isi kandungan buku2 luar negara ke dlm bahasa melayu.Isi kandungan buku tersebut hendaklah ditapis terlebih dahulu kerana dikhuatiri kandungannya diputarbelit.
  3. Menjadikan penilaian kemahiran pembelajaran sebagai kayu ukur bagi sseorg pelajar dan bukan lagi sijil pelajaran.
  4. Setiap negeri perlulah melantik guru sebagai guru pemantau prestasi untuk mengawas dan menyebarkan polisi dasar pendidikan baharu ini.
  5. Setiap pelajar tabika dan taman asuhan kanak-kanak hendaklah dilatih dan diberi latihan tubi bagi subjek Fardhu Ain,Sains dan Matematik.Ini kerana faktor pertumbuhan otak pada masa ini adalah aktif.Pada Masa kanak2 ini hendaklah (dicadangkan) masa pembelajaran melebihi masa pembelajaran Sekolah Rendah.Mungkin boleh diubahsuai masanya mengikut kesesuaian kawasan.
  6. Jika dilihat kemajuan R&D dan rekacipta negara kita masih ddalam masa “perlahan” .Ini kerana tiada buku2 mengenai rekacipta dan tiada silabus di sekolah mengenai rekacipta ini.ini kerana,negara kita memerlukan tenaga pakar dalam mekanikal,pegubahsuaian dan taktikal dalam mengendalikan sesuatu mesin.

 

Saya tegaskan bahasa ini adalah satu alat pengantar,janganlah rumitkan keadaan dengan merobah sstu sistem pendidikan itu tanpa kajian yang mendalam.Saya akui bahasa inggeris itu berasal dari bangsa yang maju dewasa kini,namun kita perlu ambil ilmu kemajuan mereka berlandaskan islam dan terjemahkan buku2 ilmu mereka ke dlm bahasa Melayu,pilihlah guru yang boleh membimbing dan menunjukkan cara ilmu itu dsampaikan.Janganlah kita ambil mudah dgn mengimpot buku dari luar negara tanpa ada penapisan maklumat,ini kerana minda kita akan dpengaruhi oleh budaya dan fahaman luar yang bertentangan dengan agama islam dengan perlahan-lahan.ingatlah…kita mesti bangkit sebagaimana kebangkitan Meiji,kebangkitan jepun.Jadikan sirah nabawiah itu sebagai contoh pembangunan negara kita,wahai ulama yang terlena,persatuan ulama semua…bangunlah kamu semua…himpunkan antara kamu…tubuhkan satu pasukan untuk Islam bermatlamatkan Amar makruf nahi mungkar.

 

Dr.Mantiqi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: