REALITI BANGSA KITA KINI MENGENAI PERNIAGAAN “KITA”


Saya lihat sekarang banyak premis-premis baru dibina untuk tujuan tapak perniagaan. Dari pemerhatian saya kebanyakan projek pembinaan premis ini diterajui oleh bangsa lain dan bukannya bangsa kita.MENGAPA ini boleh terjadi? Hal yang sebegini amat menyedihkan saya,ini kerana bangsa kita adalah telah diberi peluang oleh kerajaan, namun tiada pihak yang sebangsa disekitarnya ingin membantu dan merebut peluang ini.mengapa kita tidak tahu akan peluang-peluang ini ada didepan mata kita?? Ini kerana beberapa faktor penyebabnya.

 

  1. Tiada penyaluran maklumat yang menyeluruh dan cekap.
  2. Tiada pengumpulan kumpulan orang-orang yang berniaga secara cekap.
  3. Agensi-agensi berkaitan kurang aktif menguatkuasa program yang dianjurkan.
  4. Ketua kawasan,ketua masyarakat kurang menekankan aktiviti perniagaan dan kebajikan peniaga.

 

 

Disini beberapa cadangan pembaikpulihan untuk memajukan industri perniagaan secara revolusi (perubahan besar2an).

 

  1. Membuat secara sukarela pusat penyaluran maklumat disetiap kawasan,setiap kampung2,setiap kawasan perumahan.
  2. membuat taklimat perniagaan kepada penduduk setempat berkenaan kesedaran perniagaan.
  3. Mengumpulkan dan membuat biro/pertubuhan peniaga bagi setiap kawasan terutamanya setiap kampong dan kawasan luarbandar.
  4. Agensi yang terlibat perlulah memberi impak dan galakan dengan pelbagai cara dan pelbagai pendekatan.
  5. ketua2 masyarakat perlulah mendedahkan ilmu2 perniagaan pada golongan muda dan memberikan contoh yang baik dlm apa jua bidang terutamanya bidang perniagaan.

 

Cadangan yang saya sebut tadi adalah satu langkah yang ringkas.Pada masa ini saya perhatikan perpaduan bangsa kita dlm perniagaan adalah ditahap yang membimbangkan,ini kerana golongan segelintir ini telah menghiraukan nilai2 dan tatacara mengendalikan sesebuah perniagaan,mengabaikan adab-adab berniaga,bertegur sapa dan ihsan semasa berniaga.KADANG-KADANG sifat segelintir golongan bangsa kita tidak lagi mempercayai dan menyokong perniagaan bangsa kita sendiri dan mementingkan ruang bangsa lain.Sifat inilah menyedihkan saya,kerana bangsa kita adalah yang terbaik, budaya kita adalah lemah lembut dan bersantun bahasa.Kita mempunyai agama Islam yang menyeru dan mengajarkan kita tentang ihsan semasa berniaga.Akhlak kena dijaga.Perkara yang perlu dibuang adalah sifat dengki pada diri kita terhadap orang yang sebangsa kita yang telah berjaya.Kita hendaklah menyokong mereka dan belajar ilmu bermanafaat daripada mereka.Kepada mereka yang sebangsa saya itu,tolonglah bukakan hati kamu untuk mengajarkan ilmu-ilmu perniagaan,peluang2 perniagaan,membuat program berkenaan dgn perniagaan.Usaha sebegini menguntungkan semua pihak dan hanya mereka yang benar2 org yang berfikir tentang luahan hati saya.Saya lihat kebanyakan industri perniagaan MLM itu banyak diterajui oleh bangsa lain dan orang2 downline nya adalah orang2 kita…siapakah mastermind dalam Bisnes MLM nie??siapakah yang membuat dan menyusun strategi marketing plan??siapakah pengeluar produk itu?? Siapakah establisher dalam bisnes2 MLM yang besar ini?? Mengapakah mereka boleh berjaya??? Cuba fikirkan sejenak akan hakikat ini.Janganlah membuang masa dengan menunding jari kepada sesiapa jika kamu (bangsaku) gagal dalam perniagaan.Kita sering terapkan ilmu perniagaan dan mengambil model perniagaan dari orang barat.Asas perniagaan adalah dari AKHLAK peniaga itu sendiri.Ingatlah…Akhlak yang baik itu penting dalam berniaga.Akhir sekali saya tutup luahan cerpen puisi hati saya dengan beberapa saranan…

 

  1. Sokonglah industri perniagaan bangsa kita.
  2. Buangkanlah sifat dengki dan janganlah menjatuhkan orang,mengagalkan usaha murni orang.
  3. Buatlah kumpulan dari orang2 yang terbaik dalam perniagaan.tiada pilih kasih dalam menubuhkan kumpulan ini.
  4. Kepada orang yang berilmu dalam perniagaan…jujurlah dalam mengajarkan ilmu peniagaan.bersifat ikhlaslah bila menyebarkan ilmu.kepada yang berminat untuk meluaskan rangkaian peniagaan itu kenalah mengajarkan ilmu dan nilai2 peniagaan yang baik.

 

Saya akhiri dengan kata2 mutiara dari saya :-

 

“Ilmu itu dari Allah,Allah telah menurunkan ilmu itu melainkan sedikit sahaja,janganlah kita mendabik dada kerana kita bijak dan pandai,percayalah Allah itu Maha Bijaksana,hendaklah kita merendah diri kepadaNya dan bersyukur,sebarkanlah dan ajarkanlah ilmu itu dengan orang yang memerlukan.Janganlah lokek dengan ilmu itu,di akhirat nnti kita akan disoal..apakah kita gunakan sepenuhnya ilmu itu?? Fikir2kanlah kita bersama”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: