Meriam nabi wanita.. lari daripada tangkapan polis


PUTRAJAYA: Meriam Ahmad Shaharudin, wanita yang mengaku dirinya sebagai seorang daripada empat rasul selepas Nabi Muhammad s.a.w kini semakin berani menyebarkan dakyahnya dengan memutarbelitkan ayat suci al-Quran untuk kepentingan peribadi.

Dalam e-mel terbaru bertajuk ‘Bukti saya sebagai rasul perempuan dan tugas saya yang dimajukan sendiri oleh Meriam’ kepada Harian Metro semalam tetapi ditulis kelmarin, wanita yang pernah mendakwa sebagai Imam Mahdi pada 1993 itu menggunakan tiga petikan ayat suci al-Quran untuk menegakkan benang basahnya.

Dia terpaksa berbuat demikian selepas menerima kritikan bertalu-talu daripada umat Islam yang berang dengan perbuatan hinanya selepas didedahkan akhbar ini kelmarin.

Selain tidak mengaku perbuatannya bertentangan dengan Islam, Meriam turut menyalahkan golongan ulama yang didakwa kononnya menyebarkan ajaran ‘salah’.

Meriam juga sanggup memutarbelitkan ayat 14, Surah at-Taubah yang berbunyi: “Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan Ia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman.”

Kamu dalam ayat itu didakwa Meriam merujuk kepada dirinya.

Lebih keji, Meriam turut memutarbelitkan ayat 40, Surah al-Ahzaab yang mendakwa ayat terakhir itu merujuk sifat Tuhan Yang Maha Berkuasa dan boleh berbuat apa saja yang dikehendaki, justeru dakwaannya sebagai rasul wanita tidak boleh dik e t e p i k an .

Biarpun majoriti pengirim e-mel mengkritik Meriam, termasuk menyuruhnya bertaubat, dakyah itu perlu dibendung oleh Jabatan Agama Islam Perak supaya tiada umat Islam terpesong.

Seorang pengirim e-mel sambil menasihatkan Meriam kembali ke pangkal jalan mendedahkan, seorang daripada tiga rasul lain yang dimaksudkan Meriam iaitu Neale Donald Walsch bukan beragama Islam.

“Saya sudah baca biodatanya di laman webnya. Dia bukan seorang Muslim dan mendakwa dirinya sebagai Messenger Of God (utusan Tuhan),” katanya.

Muka depan akhbar ini kelmarin melaporkan seorang wanita yang pernah menggemparkan negara kerana mendakwa dirinya Imam Mahdi pada 1993, kini muncul semula dengan kejutan lebih hebat apabila mengisytiharkan kononnya dia antara empat rasul Tuhan.

Meriam dalam emel bertarikh 16 Disember lalu mendakwa selain dia sebagai rasul wanita tunggal, tiga lagi rasul yang kononnya diutuskan Tuhan ialah Nabi Isa, Neale Donald Walsch dan seorang setiausaha sulit kanan pembesar negara.

Pada 1993, akhbar melaporkan, Meriam, seorang bekas guru lulusan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, mendakwa beliau dipilih sebagai Imam Mahdi bagi mengingatkan masyarakat Islam supaya membuat kebajikan dan meninggalkan kemungkaran.

Sebelum itu, akhbar melaporkan polis sudah mengeluarkan dua waran tangkap ke atas Meriam kerana gagal hadir di Mahkamah Syariah bagi menghadapi tuduhan menyebar ajaran sesat.
 

~penentang kesesatan~

2 Responses to Meriam nabi wanita.. lari daripada tangkapan polis

  1. Hello! It seems as though we both have a passion for the same thing.
    Your blog, “Meriam nabi wanita.. lari daripada tangkapan polis | Mantiqo’s Site” and mine are very similar.

    Have you ever considered authoring a guest article for a
    similar website? It will certainly help gain publicity to your
    blog (my site recieves a lot of visitors). If you might be interested, email me at: sylvialockwood@yahoo.
    com. Appreciate it

  2. Browsing reddit.com I noticed your site bookmarked as:
    Meriam nabi wanita.. lari daripada tangkapan polis | Mantiqo’s Site. I am assuming you book-marked it yourself and wanted to ask if social bookmarking gets you a lot of traffic? I’ve been thinking about doing some bookmarking for
    a few of my websites but wasn’t sure if it would produce any positive results. Many thanks.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: