Pelajar dilapor hilang sebenarnya ditahan di China kerana dadah 2010/07/16


KUALA LUMPUR: Seorang gadis tempatan yang dikhuatiri menjadi mangsa sindiket keldai dadah atau dijual ke negara asing selepas dilaporkan hilang sejak Mei lalu, sebenarnya ditahan pihak berkuasa China kerana dakwaan mengedar dadah. Christina Luke Niju, 22, telah ditahan di lapangan terbang di China oleh Biro Narkotik Anti Pengedaran Dadah negara itu pada 29 April lepas kerana dituduh membawa dadah yang disembunyikan dalam beg tangannya. Pelajar sebuah politeknik di Kuching itu, yang berasal dari Sandakan, Sabah, kini ditahan di Pusat Tahanan Hainan, Danzhou, dan menanti tarikh perbicaraan kesnya yang dipercayai akan berlangsung akhir bulan ini. Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata, semua maklumat itu diperoleh dari pejabat Konsulat Malaysia di sana selepas arahan dikeluarkan oleh Wisma Putra untuk mengesan pelajar itu. “Ketika ini Konsulat Jeneral Malaysia sedang bekerjasama dengan pentadbiran pusat tahanan itu bagi mengetahui keadaan dan status Christina,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. “Selepas kebenaran diberikan, barulah kita akan melakukan usaha untuk menemukan semula pelajar itu dengan keluarganya dan berbincang untuk proses membawanya pulang ke tanah air,” katanya. Dua hari lalu, bapa pelajar itu, Luke Niju anak Panjang, mengadu bahawa anaknya hilang sejak Mei lalu selepas berkenalan dengan seorang lelaki Afrika bernama James. Lelaki itu dipercayai membawa Christina ke China dan meninggalkannya sebelum pelajar itu menghubungi rakan sebiliknya melalui e-mel dan memberitahu bahawa dia dalam masalah dan tidak mempunyai wang untuk pulang. Chong berkata, beliau percaya James masih berada di Malaysia menggunakan visa pelajar untuk memasuki ke negara ini dan menyasarkan pelajar kolej sebagai mangsa menerusi Internet. “Ini membuktikan ada warga Afrika menyalahgunakan visa pelajar untuk menjerat gadis Malaysia terutama pelajar kolej untuk dijual kepada sindiket pengedaran dadah antarabangsa,” katanya. Chong berkata, beliau dimaklumkan oleh wakil pejabat Konsulat Malaysia bahawa tujuh wanita Malaysia sudah disabitkan kesalahan mengedar dadah di China sejak tahun lalu dan semuanya kini dipenjara seumur hidup di sana.-Bernama

link dari  metro online

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PelajardilaporhilangsebenarnyaditahandiChinakeranadadah/Article

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: