Sindiket jual bayi: Empat lagi ditahan


KUCHING: Polis mendapat perintah tahanan reman selama enam hari ke atas empat orang termasuk sepasang suami isteri bagi membantu siasatan kes penjualan bayi, bermula hari ini.

Majistret Mahkamah Kuching Nelson W Angang memerintahkan kesemua suspek iaitu suami kepada pasangan itu, yang berusia 40 tahun, isteri, 48, bersama dua lagi lelaki berusia 53 dan 48 tahun ditahan bagi menjalankan siasatan lanjut ke atas mereka.
Keempat-empat suspek itu ditahan polis dalam tiga serbuan berlainan antara 9 hingga 11 malam semalam di sini.
Difahamkan salah seorang daripada mereka adalah adik kepada Datin yang dipercayai mendalangi kegiatan sindiket penjualan bayi, manakala lelaki berusia 53 tahun itu dipercayai ‘pembekal bayi’.
Kegiatan sindiket penjualan bayi ini terbongkar pada Isnin lalu selepas polis Sarawak menyelamatkan seorang bayi yang cuba dijual oleh seorang wanita warga Indonesia di MJC New township, Batu Kawah di sini dengan harga RM10,000 kepada anggota polis yang menyamar sebagai pembeli.
Rabu lalu, pasangan ahli perniagaan yang bergelar Datuk dan Datin yang berusia 65 dan 43 tahun bersama enam lagi yang berusia antara 21 hingga 34 tahun ditahan reman enam hari.
Sehingga hari ini, jumlah anggota sindiket yang ditahan ialah 12 orang.
Polis berjaya menyelamatkan tiga bayi dan tiga kanak-kanak berusia antara 28 hari hingga 12 tahun dan mereka diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senor Asisten Komisioner Huzir Mohamed berkata, polis sedang berusaha mengesan semua bayi dan kanak-kanak yang dipercayai diseludup masuk ke negeri ini dari negara jiran dan dijual di sini.
“Siasatan masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. -Bernama

sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sindiketjualbayi_Empatlagiditahan/Article

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: