Berfikir diluar kotak


Apa itu thinking out of the box atau dalam bahasa Melayunya berfikir di luar kotak? Ia ialah satu pemikiran yang lain dari yang lain dari yang sepatutnya biasa orang fikir. Semasa kita menghadapi sesuatu masalah kita jangan terlampau gopoh untuk menyelesaikannya melainkan kita sudah membuat perancangan yang teliti dan dengan berfikiran di luar kotak dapat menjimatkan kos dan tenaga sehingga berjuta-juta seperti 2 kes di bawah ini.

Kes 1

Ketika NASA memulakan pelancaran angkasawan ke ruang angkasa, mereka mendapati bahawa pen tidak akan berfungsi pada graviti sifar (dakwat tidak akan mengalir ke bawah)

Untuk mengatasi masalah ini, mereka membelanjakan USD$12 juta. Mereka membangunkan sebuah pen yang bekerja di graviti kosong, terbalik, dalam air, di hampir semua permukaan termasuk kristal dan dalam pelbagai suhu dari bawah titik beku kepada lebih daripada 300 darjah Celcius.

Tetapi apa yang Russia lakukan?

Mereka menggunakan sebatang PENSIL!

Kes 2

Kisah di kilang kosmetik yang besar di Jepun kerana masalah yang mereka hadapi kerana terdapat kotak sabun yang kosong, tercicir dimasukkan sabun dalam kerja operasi pembungkusan. Syarikat menerima aduan daripada pelanggan yang telah membeli bekas sabun yang kosong.

Pihak syarikat menganggap serius perkara ini dan pengurusan mereka meminta kakitangan untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan cepat.

Jurutera bekerja keras untuk memasang mesin sinar-X dengan resolusi tinggi, monitor diawasi oleh dua orang untuk melihat semua kotak sabun yang berlalu di atas barisan.

Tapi ketika salah seorang pekerja di sebuah syarikat kecil menghadapi dengan masalah yang sama, dia tidak masuk ke dalam komplikasi X-ray, dll tetapi sebaliknya keluar dengan penyelesaian lain.

Dia membeli kipas angin industri yang kuat dan menghalakannya pada line operasi pembungkusan kotak sabun itu.Ini bermakna setiap kotak sabun akan melewati kipas dan kipas itu akan menerbangkan kotak kosong keluar dari barisan!

Moral cerita: Selalu mencari penyelesaian mudah. Merancang penyelesaian paling mudah yang menyelesaikan masalah dan jangan menganggap masalah yang besar itu perlu diselesaikan dengan cara yang besar juga!

sumber : isuhangat.blogspot

seperti diperkatakan diatas, saya berpendapat semua permasalahan kita kena berfikir dengan kreatif. Dulu saya pernah mendengar kisah satu kaum ini memang hebat meruntuhkan bukit2… menukarkan kawasan paya kepada kawasan pertanian. Mereka tiada mempunyai teknologi canggih seperti yang ada sekarang dan mereka hanya mempunyai idea teknologi sahaja. Cara mereka adalah dengan membakar batu gunung agar dapat dikeringkan sehingga batu itu merekah. Teknik ini pernah digunakan oleh penduduk negara China semasa pemerintahan dynasty dahulu.

Sampai sekarang masyarakat kita masih menggunakan teknologi buatan orang lain dan bukannya menCIPTA teknologi. Saya kagum dengan kesungguhan rakyat2 China dan India , masing2 ingin menjadi pengeluar teknologi. Di Malaysia , saya percaya terdapat engineer yang berkebolehan dalam membuat teknologi. Namun mereka masih berfikiran kecil-kecilan dan tiada “pembiaya” . Sepatutnya mentaliti ini perlulah diubah serta merta dengan tekad yang penuh. Kita lihat tokoh teknologi dunia barat amat berpengaruh dan berjaya dalam bidang teknologi kerana kegigihan mereka mengharungi cabaran sepertimana USA dahulu membiayai projek R&D untuk pembinaan bom nuklear.Mengapa Malaysia tidak berbuat perkara yang sama macam itu. Persoalan itu perlu kita sendiri yang menjawapnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: