Siasat Salleh Grego Syaitan Jadian Hina Puasa


Saya meminta pihak berkuasa Jabatan Agama atau yang mempunyai otoriti dengan bantuan pihak SKMM menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap seorang yang menggunakan nama Salleh Grego Samsa dan rakan facebooknya yang menghina Islam khususnya ibadat puasa yang dijalani oleh umat Islam sekarang. Gunakan peruntukan undang-undang sedia ada di dalam Enakmen Jenayah Syariah berkait dengan menghina Islam. Keceluparan ini tidak boleh dibiarkan.

Ibadah puasa adalah di antara ibadah yang dimaklumi dalam agama Islam secara mudah (almaklum minaddin biddharurah). Bukan sahaja orang Islam, bahkan orang bukan Islam tahu bahawa puasa itu wajib. Kalau Salleh Grego ini orang Islam, saya nasihatkan anda bertaubat segera sebelum Malaikat Maut mengambil nyawa anda dan syaitan anda akan cukup gembira dengan anda. Kalau anda bukan Islam, dan hanya mahu melakukan provokasi, tolong hormat agama Islam.

Ketika majoriti umat Islam sedang berpuasa, ketika Syaitan dibelenggu (ada syaitan berkeliaran dlm Ramadhan?), ketika inilah syaitan jadian Salleh Grego muncul.

Kalau kamu Islam, kamu tidak berpuasa tanpa mengengkari ibadah itu, kamu berdosa. Wajib bertaubat segera. Kalau kamu tidak berpuasa sedangkan kamu Islam sambil mengengkari kewajipannya, bahkan menghina dengan jelek sekali hukum puasa dan mereka yang berpuasa, kamu juga wajib bertaubat dan mengucap 2 kalimah syahadah semula sambil mengiktiraf kewajiban puasa Ramadhan kerana kamu telah keluar Islam.

Kalau kamu berdegil juga sehingga kamu mati, selamat mendiami Neraka bersama syaitan-syaitan lain.

sumber – tranungkite.net

peringatan dr saya.

dimasa kini banyak kepincangan dan konflik emosi didalam penganut islam itu sendiri. Jadi pulanglah ke pangkal jalan kepada yang telah tersasar jauh itu. Rujuklah Alquran dan As-sunnah, jumpalah guru-guru agama yang boleh dipercayai, bergaullah mereka ,GOLONGAN ULAMA …dan janganlah bergaul dengan seseorang ulama sahaja. Jaganalah kamu berfikir mengikut hawa nafsu kamu itu, sesungguhnya itu adalah perbuatan orang-orang terdahulu yang pernah dibinasakan oleh Allah. Sentiasalah bersolat dan doakanlah diri kamu sendiri agar dibukakan hati dan dibukakan mata yang “sebenar” untuk melihat kebenaran dan menerima hidayah dari Allah. Sesungguhnya mata ,telinga dan akal manusia itu kebanyakannya tidak berfungsi sepenuhnya kerana telah dikurniakan telinga namun tidak mendengar apa yang dinasihati,mata itu tidak melihat dengan teliti apa yang ada didunia ini adalah semuanya tanda-tanda kebesaran Allah. ingatlah doa ini.

Al-Asr ( Demi Masa)

Demi masa(1)

Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian(2)

Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran(3)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: