Renungan Hari Merdeka


Tanggal 31 Ogos ini hari merdeka…banyak bendera dikibarkan…cuti2 umum…ramai orang berkerumun di dataran merdeka , ada jualan2 murah, banyak program2 di tv memaparkan pejuang kemerdekaan.

Namun semuanya seolah2 rutin kita setiap 31 ogos. pernahkah kita bertanya pada diri sendiri adakah kita bebas dari cengkaman dan jajahan dari mana2 pihak. Adakah kita bebas berbelanja tanpa memikirkan beban hutang kita? adakah kita bebas menggunakan masa tanpa ikatan masa dengan majikan kita? adakah kita ada kebebasan masa sehinggakan kita dapat meluangkan masa bersama keluarga dan mendidik anak kita supaya menjadi orang yang berguna? adakah kita bebas mencipta teknologi sendiri tanpa mengharapkan pembelian barangan import? adakah kita bebas berfikir dalam mencambahkan daya kreativiti pemikiran seperti ahli pemikir genius terdahulu.

Pernahkah anda terfikir semua itu? masih merdekakah kita sekiranya kita hanya mampu mengimport senjata tanpa ada keinginan untuk membina satu entiti ketenteraan yang sejati. Dari pembuatan senjata sehinggalah strategi yang dirangka dari dalam dan bukannya dari luar. Dapatkah kita memiliki satu gedung pasaraya besar sekiranya kita hanyalah berfikiran kecil dalam berniaga..mengapa hal ini dibuat secara kecil2an semata2..sedangkan semua sudah diberi kepada kita.

Pada masa kita , maklumat hanya dihujung jari sahaja namun kita bermalas2an dengan meninggalkan segala ilmu teknologi yang ada. Para belia pemuda remaja , bangunlah kamu dan jangan terlena dalam dunia hiburan sahaja, bentuklah diri kamu dengan mempelbagaikan kemahiran didalam diri kamu. Kajilah bagaimana orang2 terdahulu yang genius itu hidup. Bagaimanakah mereka menjalani hidup mereka. Para ibu bapa, mainkan peranan kamu agar menerapkan nilai islam dan bukan dihidangkan dengan kartun2 disney. Acuan yang baik hasilnya bentuk yang baik. Ingatlah, Allah mengurniakan mata, telinga dan aqal supaya kita boleh berfikir. Sesungguhnya diantara kejadian itu ada tanda2 kebesaran Allah.

Merdekakan diri kamu dari bebanan masa yang terbuang,

merdekakan diri kamu dari campurtangan nafsu jahat

bertahanlah kamu dari serangan godaan syaitan

sentiasalah beringat akan perjuangan kita untuk kita belum lagi selesai.

Dihadapan sana masih ramai musuh mahu jatuhkan kamu semua sehingga kamu meniarap akur kepada kemahuan mereka.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: