Bonus pada hujung tahun ini terpaksa dibatalkan.


SHAH ALAM 29 Ogos – Pemberian sumbangan khas RM500 kepada kakitangan dan pesara kerajaan sempena perayaan Adilfitri mungkin menyebabkan bonus pada hujung tahun ini terpaksa dibatalkan.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata ada kemungkinan besar bonus kepada kakitangan awam pada hujung tahun akan dibatalkan kerana kerajaan menganggap ia telah diberi awal pada Hari Raya Aidilfitri bulan depan.

“Pemberian bonus bukanlah satu agenda utama Najib, kerajaan hanya akan beri bonus pada hujung tahun sahaja tetapi bagi menutup perasaan malu bila negeri Pakatan Rakyat mampu memberikan bonus kepada kakitangannya beliau juga terpaksa berbuat demikian. Disebabkan perubahan rancangan saya pasti pemberian bonus pada hujung tahun ini akan dibatalkan kerana ia telah diberikan pada musim perayaan kali ini,” kata beliau ketika dihubungi Suara Keadilan.

Beliau berkata kerajaan Umno-Barisan Nasional pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat berada dalam keadaan terdesak dan tertekan apabila negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat mengumumkan pemberian bonus Aidilfitri kepada kakitangan awam negeri masing-masing.

Najib terpaksa mengumumkan pemberian khas Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam dan pesara kerajaan untuk menutup malu setelah Pulau Pinang lebih awal berbuat demikian dengan sumbangan khas RM400 kepada kakitangan awam negeri.

Ini pula diikuti oleh Selangor yang mengumumkan sumbangan kepada kakitangan awam begeri sebanyak RM500 dan Kedah yang memperuntukkan RM3 juta untuk tujuan yang sama.

Keputusan Najib membabitkan perbelanjaan tambahan sebanyak RM934.6 juta kepada 1.24 juta penjawat awam dan 590,000 pesara kerajaan.

Mengulas perkara ini, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata Perdana Menteri merasakan begitu tergugat apabila melihat Pakatan Rakyat kehadapan dalam mengutamakan kebajikan rakyat.

“Najib sebenarnya tergugat apabila melihat Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang mengumumkan pemberian bonus hari raya sehingga beliau terpaksa mengambil tindakan membuat pengumunan yahg sama walaupun berada dalam keadaan tertekan dengan kedudukan kewangan dan ekonomi sekarang.

“Saya tidak menolak pemberian bonus tersebut dan ia adalah satu langkah terbaik untuk kakitangan awam mahupun yang telah berpencen mendapat peruntukkan tambahan bagi menghadapi hari raya nanti. Bagaimanapun apa yang perlu Najib juga lihat adalah nasib pekerja yang bukan kakitangan kerajaan yang tidak mendapat apa-apa bonus hari raya.

“Satu perkara yang kita perlu ingat setiap kali pemberian bonus dilakukan ialah isu kenaikan harga barang keperluan. Apatah lagi bila tibanya hari raya nanti, barangan keperluan perayaan sudah pasti meningkat. Bagi kelompok kakitangan kerajaan yang mendapat bonus sudah pasti tidak menimbulkan beban tetapi bagaimana pula mereka yang bukan kakitangan kerajaan,” tegas Azan.

Kata Azan, pekerja sektor swasta yang merupakan golongan majoriti kini terpaksa berdepan dengan kenaikan harga barangan menjelang musim perayaan tanpa sebarang sokongan kewangan daripada pihak kerajaan.

Pemberian sumbagan khas RM500 juga dilihat sebagai tindakan Najib untuk mengambil hati kakitangan kerajaan yang sudah hilang keyakinan terhadap pentadbirannya yang diselubungi pelbagai masalah dan kepincangan.

“Najib cuba mengambil hati kakitangan awam yang kebanyakannya sudah hilang keyakinan terhadap beliau dari isu kerugian Sime Darby, isu saman terhadap Felda sehingga kepada skandal kapal selam Scorpene. Rakyat tahu kepincangan besar berlaku sejak Najib mengambil alih kuasa dan pemberian bonus ini sebagai umpan beliau untuk menutup mulut rakyat.

“Rakyat berterima kasih dengan pemberian bonus tersebut tetapi nilai RM500 bukanlah satu jumlah yang dapat dibeli oleh Najib bagi mengambil hati rakyat untuk menunjukkan beliau pemimpin yang memahami kehendak rakyat. Jelas rakyat tahu mana yang terbaik untuk mereka membuat pilihan,” kata beliau lagi.

sumber :tranungkite

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: