Dating pertama, diliwat dan ditoreh kenalan Friendster


Social networking, iaitu laman rangkaian sosial yang menghubungkan ramai orang serata tempat memudahkan lagi pelbagai aktiviti sosial dilakukan secara maya (virtual). Namun, ianya juga boleh menjadi sesuatu yang mudah bagi aktiviti sebaliknya seperti jenayah, bunuh dan sebagainya. Laman seperti facebook, myspace dan friendster pasti menjadi satu trend masa kini di mana ramai kenalan baru di perkenalkan walaupun tanpa pernah bersua muka. Pernah juga penulis mendengar peristiwa akibat dari kenalan di facebook, seorang remaja Sepanyol telah ditembak mati. Namun kesahihan cerita tersebut penulis tidak dapat pastikan kerana ianya adalah dari chit-chat penulis dengan rakan melalui IM. Pun begitu, di singapura, akibat dari perjumpaan pertama seperti “dating” telah mengakibatkan seorg remaja wanita telah diliwat dan dicederakan oleh rakan kenalan dari laman rangkaian sosial, friendster.

Christopher Neo Yong Heng, 23 didapati bersalah bagi beberapa kes yang melibatkan mangsa kenalan dari internet. Dia kini telah ditangkap dan dipenjara serta akan menerima 12 sebatan akibat dari kes-kes pencabulan, liwat, dan kekerasan pada mangsanya. Mungkin ramai yang mengatakan “selamatlah dia dah ditangkap”, atau “padan muka dia”, atau “memang patut pun kena penjara dan sebat!” atau “tak cukup hukuman tu, bagi mati lagi bagus”… Semua pandangan itu hanyalah dari sudut pembalasan terhadap jenayah yang telah dilakukan. Bagaimana pula dengan nasib gadis-gadis yang telah menjadi mangsanya? Sudah terlewat untuk menyesal bukan? Jadi, penulis amatlah berharap bagi setiap pengguna laman rangkaian sosial di internet berhati-hati dalam memilih rakan kenalan. Ingatlah, macam-macam jenis orang ada di dalam tu. Yang nampak baik tapi jahat pun ada, yang nampak jahat tapi baik pun ada, yang nampak baik dan mmg baik pun ada. Apapun, bagi penulis, setiap kenalan sebaiknya terimalah kenalan yang pernah bertemu. Jangan ambil risiko untuk berjumpa dengan rakan baru di laman sosial bersendirian di mana sekali pun. Zaman sekarang ni mmg zaman IT dan teknologi, namun harus beringat, masih ada yang mengamalkan perbuatan jahat zaman dahulu kala seperti sihir, santau, pukau dan sebagainya… Beringatlah sebelum terlambat!

Sumber: http://www.whatsonxiamen.com/news12528.html

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: