Idea Memajukan minda rakyat Malaysia


isu kali ini adalah membincangkan bagaimana untuk memajukan minda rakyat kita sekarang yang banyak dengan isu2 jenayah yg berleluasa.

Pada masa kini saya lihat banyak cerita yang berunsurkan tahyul dan mistik. Itu adalah cerita drama mahupun filem. Idea pembuatan cerita sebegini menimbulkan rasa ketakutan dalam diri manusia yakni rakyat kita khususnya dikalangan anak2 kecil. Kita sedia maklum anak2 adalah aset bagi negara dan pemimpin pada masa akan datang… macammanalh kalo mereka dididik dengan idea2 ketakutan dgn hantu2 rekaan bangsa kita sendiri?

banyak rancangan ditelevisyen sekarang mnyajikan rancangan hiburan yg melekakan anak2 muda.Iklan2 yang melekakan seperti iklan kecantikan,teknologi yg membuatkan mereka mengejar lebih kepada kebendaan. Rancanagn berunsurkan ilmiah agak kurang dan suasana dalam Malaysia ini masih dalam suasana “hiburan”.

Saya melihat ,kita semua telah diserang dgn sindrom kebergantungan produk luar dan serangn ledakan teknologi luar yakni kita hanyalah pengguna teknologi. Seperti Facebook adalah produk luar yg mendedahkan kita dengan keciciran maklumat peribadi kita. Mereka!! (golongan pakar IT dlm FB) akan mengumpul think tank akan melancarkan sesuatu atas database yg mereka ada beserta analisis tabiat manusia dalam fb itu untuk “mnambahbaik” produk mereka (fb) untuk lebih melekakan kita.

Sekarang sudah ada sekolah seni bagi pelajar2 ..namun apakah fungsi mereka sebagai org terpelajar dalam seni hiburan? adakah sekada mengekalkan seni tradisional semata2 tanpa rohnya? adakah semata2 meraih keuntungan ataupun popularity seseorg?..pada pendapat saya , kita patut mewujudkan satu entiti hiburan untuk mengembangkan minda manusia ataupun bahasa kasarnya membuat filem propaganda untuk merevolusikan minda rakyat. Jika kita lihat siaran tv US dulu2 banyak memaparkan rancangan berunsurkan teknologi. bagi saya ransangan visual seperti TV atau media elektronik adalah membantu perkembangan minda seseorang khususnya pada peringkat kanak2..

Kalau dulu disekolah rendah dan pra sekolah ada menyediakan sesi pertukangan dan bahasa yang lebih sesuai adalah sesi “KBKK” (kemahiran berfikir scara kreatif dan kritis).Anak2 masa itu boleh dikatakan tahap pemikiran kendiri adalah ditahap yang boleh dibanggakan. Mereka dilatih dengan rasa bersusah dahulu dan bersenang kemudian.Pada masa kini tiada lagi seni pertukangan dalamperingkat masa tersebut. Saya melihat pada peringkat kanak2 adalah ledakan rasa ingin tahu adalah ditahap tertinggi.Oleh itu patut kita menyediakan satu cara untuk memberikan pelajaran yang lebih bermakna dan lebih memerlukan pemikiran mereka.

Perlunya menubuhkan pasukan pemikir sukarela bagi setiap kampung2 dan berfungsi sebagai badan penyelesai masalah serta membawa perubahan sesebuah kampung. Kita binalah teknologi sendiri dangan kepakaran sendiri.Pelajarilah ilmu2 yang baru dan berdakwah dengan cara moden serta berfikirlah bersepakat agar kita beroleh kejayaan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: