Apa dah jadi manusia nie?


Pada tahun ini dah banyak isu2 rogol yang luarbiasa yang kita dengar. Berita nie banyak dalam akhbar2, mudah2an kita beroleh keinsafan. Janganlah kita mengikut dan menuruti hawa nafsu serta godaan syaitan laknatullah. Ini kerana jika kita mengikut ajakan syaitan kita akan terjebak dilembah maksiat yang hina. Mari membaca sedutan berita yang membuatkan kita berfikir tentang kezaliman manusia sebegini.

Berita kosmo , 18.09.2010

Pembantu Rumah dirogol,dipukul oleh majikan dan isteri.

GEORGETOWN – Polis menahan sepasang suami isteri selepas pembantu rumah warga Indonesia mendakwa didera secara fizikal dan seksual sejak lebih empat bulan lalu dan kemudiannya ditinggalkan

di Taman Cenderawasih, Nibong Tebal, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Georgetown, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, mangsa berumur 26 tahun dikenal pasti sebagai Wifainda dari Jawa Timur turut mendakwa dipukul di kepala, tangan dan kakinya dengan tali pinggang.

Katanya, pembantu rumah itu kini dirawat di Hospital Pulau Pinang kerana

mengalami kecederaan di tangan dan kaki serta luka melecur di belakang dan

dadanya.

Beliau berkata, laporan perubatan menunjukkan terdapat koyakan pada kemaluan pembantu rumah itu dan polis percaya dia mungkin telah dirogol oleh majikannya, seorang kontraktor memotong rumput berumur 41 tahun,

Dipercayai isteri kontraktor itu pula memukul mangsa jika dia enggan memenuhi keperluan seksual majikannya itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan parah dan mengikut Seksyen 376 kanun yang sama iaitu rogol. – Bernama

———————————————————————————————–

berita mengenai sumbang mahram bapa dan anak.

Dipenjara 14,400 tahun sebab rogol anak

Posted on the September 25th, 2010 under BeritaJenayahLuar Negara by Syedz

MANILA – Seorang lelaki Filipina dihukum penjara oleh seorang hakim sebuah mahkamah di sini semalam sehingga 14,400 tahun kerana merogol seorang anak perempuannya hampir setiap hari selama lebih setahun.

Hakim Mahkamah Rayuan, Mario Guarina berkata, tertuduh seorang pemandu beca didakwa memperkosa mangsa yang ketika itu berusia 13 tahun semasa ibunya berada Hong Kong kerana bekerja sebagai pembantu rumah.

“Inilah kes penderaan seksual terhadap seorang mangsa bawah umur yang paling teruk dalam rekod perundangan kita,” kata Guarina dalam penghakimannya yang diputuskan pada awal minggu ini.

Pada mulanya, lelaki itu dihukum mati dengan cara suntikan maut namun dia bernasib baik apabila Filipina memansuhkan hukuman tersebut.

Mahkamah diberitahu, lelaki yang mempunyai tiga orang anak itu mula merogol mangsa di rumahnya selepas isterinya itu berlepas ke Hong Kong pada Januari 2001 dan kejadian tersebut berterusan selama 386 hari. – AFP

kredit : kosmo.com.my

————————————————————————————————

Suami tangkap isteri curang dengan lelaki lain.

Luluh dan hancur hati seorang suami apabila mendapati isterinya berkhalwat dengan seorang lelaki di Pangsapuri Kenanga View, awal pagi semalam.

Isteri berkenaan yang juga seorang guru sekolah rendah berusia 40 tahun dan pasangannya berusia 45 tahun yang bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kira-kira jam 3.30 pagi.

Anggota penguat kuasa Jais terpaksa memecahkan pintu selepas pasangan itu enggan memberikan kerjasama dan sanggup berkurung hampir setengah jam walaupun pintu diketuk beberapa kali.

Pasangan berkenaan yang berpakaian lengkap, ditahan anggota penguat kuasa Jais ketika berada dalam sebuah bilik di kediaman itu.

Turut bersama dalam operasi itu, dua anggota dari Balai Polis Kajang dan beberapa penghuni di pangsapuri berkenaan selepas dikatakan tidak mahu bersekongkol dengan perbuatan mungkar pasangan itu.

Suami wanita itu yang berusia lingkungan 60-an dan enggan dikenali berkata, dia yang turut bersama dalam operasi terbabit hanya mampu menahan kemarahan dan hampir pitam sejurus melihat isterinya berada bersama lelaki lain.

“Selama ini, saya hanya mengesyaki isteri mempunyai hubungan dengan lelaki lain dan selepas melihat sendiri kecurangannya di depan mata, hati saya begitu geram.

“Namun, biar undang-undang yang menentukan dan saya serahkan segala kes ini kepada pihak berkuasa (Jais) untuk siasatan,” katanya yang sudah tidak dapat menerima lagi isterinya itu.

Menurut suami malang terbabit, dia mendirikan rumah tangga sejak 19 tahun lalu dan mempunyai dua anak hasil perkongsian hidup dan tidak menyangka isterinya itu sanggup melakukan perbuatan terkutuk dengan tinggal bersama lelaki bukan mahram.

“Saya mula mengesyaki isteri mempunyai hubungan sulit sejak beberapa bulan lalu selepas melihat sikapnya yang kerap menjauhkan diri setiap kali telefon bimbitnya berbunyi.

“Saya mula mengesyaki isteri mempunyai hubungan sulit sejak beberapa bulan lalu selepas melihat sikapnya yang kerap menjauhkan diri setiap kali telefon bimbitnya berbunyi.

Menurutnya, sejak itu, isterinya yang juga mengajar di sebuah pusat tuisyen di Kajang itu kerap pulang lewat ke rumah walaupun kebiasaannya pusat mengajar berkenaan sudah tutup pada jam 10 malam.

“Isteri saya tiba ke rumah jam 12 tengah malam dan perangainya bertambah teruk, termasuk pernah tidak pulang langsung,” katanya.

Lelaki itu mendakwa, isterinya juga pernah menutup telefon bimbitnya dari pagi dan dia hanya dapat menghubungi wanita berkenaan semula pada sebelah malam.

“Sebenarnya, saya sangat risaukan keselamatannya ketika itu kerana telefon bimbitnya tidak dapat dihubungi. Namun, dengan rasa tidak bersalah, isteri saya pulang ke rumah tanpa memberikan alasan munasabah.

Difahamkan, cinta antara wanita itu dan lelaki terbabit mula berputik selepas mereka bertemu ketika menghadiri kursus pada September tahun lalu dan ia semakin menjadi-jadi apabila lelaki berkenaan mengambil kesempatan menyenaraikan nama wanita berkenaan setiap kali kursus dianjurkan.

p/s: Mungkin faktor usia si suami yang membuat si bini ni mengatal. Nafsu seks masih membara, suami pulak dah tak mampu nak puaskan, apalagi cari jantan lain ler…halal haram belakang kira. Cikgu pulak tu. Apa punya siallah bini yang berperangai macam ini.

sumber: mymetro / best1of4

————————————————————————————————

Isu sebegini timbul kerana kepincangan merancang keluarga,ekonomi,rohani dan jasmani seseorang. janganlah kita terlalu menurutkan nafsu godaan syaitan, ingatlah walaupun seronok berbuat maksiat ingatlah sesekali siksaan kubur.Siksaan dalam api neraka, siksaan neraka adalah siksaan yang berpenyesalan tiada berkesudahan. Renungilah dalam2 dan insafilah agar kita menjauhi perkara ini daripada berlaku. Berfikirlah…berfikirlah dengan waras…majukanlah diri kamu semua ke arah yang baik. Jika anda menyukai pasangan anda sebenar2 cinta, maka nikahilah pasangan anda dengan sebaik2 persediaan dan sebaik2 kesudahan.

Ada banyak lagi isu2 sebegini berlaku dan janganlah kita terlibat dengan hal2 sebegini rupa.

Sekian.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: