Institut Automotif dan Kimpalan Sarawak dibuka November


Oleh Hazel Lee

MIRI — Sebuah institusi latihan baru yang dikenali sebagai Institut Automotif dan Kimpalan Sarawak (AWISAR) akan dilancarkan pada November tahun ini bagi melahirkan tenaga kerja mahir yang berkualiti dalam bidang kimpalan dan automotif.

Pengarah Eksekutif Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS), Baharudin Abdullah berkata, penubuhan AWISAR adalah hasil kerjasama PPKS dengan Sarawak Foundry Association.

“Institut yang terletak di kawasan industri Demak Laut ini akan menawarkan kursus daripada peringkat sijil hingga diploma.”

“Pelancaran AWISAR ini merupakan sebahagian daripada usaha PPKS untuk memperkasakan latihan kemahiran melalui persefahaman dan kerjasama dengan pihak industri untuk mewujudkan beberapa buah institusi latihan kemahiran secara usahasama dalam bidang berpotensi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis Konvokesyen PPKS Wilayah Miri kali Ke-2 di sebuah hotel di sini hari ini mewakili Pengerusi PPKS dan Presiden ICATS, Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Dato Husain.

Hadir sama Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah.

Selain AWISAR, sebuah lagi cawangan PPKS di Mukah akan mula beroperasi pada Januari 2011.

Terdahulu, Datin Fatimah berkata, kerajaan membelanjakan peruntukan yang besar untuk menyediakan kelengkapan latihan, tenaga pengajar dan kemudahan seperti yang terdapat di PPKS Miri.

“Dengan kemahiran yang dipelajari serta kemajuan teknologi, saya berharap graduan PPKS dapat menyumbang secara efektif kepada kejayaan pelaksanaan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE).”

“Justeru saya menyarankan para graduan agar sentiasa membuka minda dan mencari peluang untuk memajukan kerjaya dan keupayaan masing-masing ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Selain itu, pihaknya akan terus mengadakan dialog dengan sektor swasta dan badan berkepentingan untuk melihat keperluan dalam melahirkan tenaga kerja.

Sementara itu seramai 312 graduan PPKS Wilayah Miri menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam jurusan Eksekutif Rekaan Grafik, Juruteknik Kanan Automasi, Juruteknik Kanan Elektronik Industri Peralatan dan Perladangan dari Institut Latihan Pertanian Sarawak (SAVTI).

Sejak ditubuhkan pada 1994 di Kuching, PPKS telah melahirkan seramai 29,963 graduan dalam pelbagai program latihan.

sumber : sarawak update

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: