Membuang virus secara manual


Pada masa sekarang banyak virus/malware/pelbagai ancaman virus pada setiap minit kita menggunakan komputer. Terutamanya pengguna OS windows sering terdedah kepada virus. Kepada yang baru pandai menggunakan komputer/laptop , anda harus ingat tentang langkah pencegahan dan bagaimana untuk membuang virus yang sering kita terkena.

1. Pastikan tiada Running Process yang asing dalam Task Manager.( Ctrl + Alt + Del)

Jika kita sering menggunakan komputer pastikan kita sudah biasa dengan apa yang berlaku di “sebalik tabir” running process dalam OS tersebut. Jika kita sudah biasa dengan menggunakan taskManager, anda boleh melihat samada virus itu wujud dalam pc/laptop anda atau tidak. Virus yang selalu muncul dalam paparan Process adalah SVCISHOST. Ia hampir menyamai running process yang asal iaitu SVCHOST. COntoh virus lain adalah RVHOST, virus yang berbahaya juga. Pastikan kita membiasakan diri dengan menggunakan taskmanager. Selepas kita mengenal pasti Running Process tersebut adalah virus kita hendaklah Kill Process item tersebut. Sebelum itu pastikan dimanakah lokasi virus tersebut berdasarkan lokasi yang tertera di Running Process dalam taskManager.

Selepas itu , tekan ( butang window + R ) untuk RUN dan taipkan MSCONFIG didalamnya. Tekan tab Startup dan lihat ada tak startup item yang menyamai virus didalam nya, Kemudian Untick kan item tersebut dan tekan apply. Kita hendaklah memasang perisian CCleaner untuk membuang Recent Log Document dan Registry yang tidak wujud lagi. Selepas membuang Recent dan Registry Fix , Restart pc/laptop anda.

Setelah itu , kita tengok dan cari lokasi data virus yang tersimpan didalam file. Biasanya virus ini bersembunyi di hidden location dalam Partition C . Kita ubah mode setting folder kepada appear hidden files. Biasanya virus akan terpapar didalam folder C ataupun dalam folder System32. Kalau anda yakin delete file tersebut (yakin file tersebut adalah virus) maka delete lah..😀 . Jika file tersebut tidak dapat di delete, gunakan perisian Unlocker untuk mendelete file itu secara paksa.

Itu sahaja tutorial untuk tip membuang virus secara manual kita hari ini… jika ada kemusykilan sila komennnn..😀

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: