Fakta pelik menarik


  1. Jika dihimpunkan kesemua arang, minyak dan gas di seluruh planet bumi, ia hanya mampu untuk mengekalkan pembakaran matahari selama beberapa hari sahaja.
  2. Porpoise, sejenis ikan paus yang bermuncung seperti ikan lumba-lumba, akan berenang dalam bulatan secara perlahan-lahan ketika sedang tidur.
  3. Setiap bintang akan selesai mengelilingi galaksi Bima Sakti setiap 200 juta tahun sekali atau lebih.
  4. Straw dipercayai dicipta oleh pembuat bir pada zaman Mesir purba bertujuan untuk merasa hasil bir ciptaan mereka tanpa mencecahkan bibir pada buih bir tersebut yang timbul di dalam bekasnya.
  5. Perkataan ‘cop’ berasal daripada ‘Constable on Patrol’ yang sering digunakan oleh anggota polis di England.
  6. Berus gigi dicipta di China pada tahun 1498.
  7. Terdapat kira-kira 15gram garam dalam setiap gelen air laut.
  8. Pada tahun 1983, seorang artis Jepun, Tadahiko Ogawa telah membuat potret Mona Lisa yang kedua. Bukan dengan cat, tetapi menggunakan serbuk roti.
  9. Pada tahun 1990, sekumpulan jurutera telah memecahkan batu terakhir di dalam terowong kereta api dasar laut yang dibina merentasi Selat Inggeris. Dengan siapnya terowong dari England ke Perancis itu, bermakna Britain dan tanah besar Eropah yang dahulunya bercantum (pada Zaman Ais) telah dapat disatukan semula.
  10. Bukan saja ular, malah manusia juga ‘bersalin kulit’. Seumur hidup, kita ‘bersalin kulit’ kira-kira 1,000 kali, iaitu apabila sel-sel kulit yang mati digantikan dengan yang baru.
  11. Di hutan Irian Jaya, wujud satu puak asli berkulit putih dan bertubuh tinggi yang menggunakan burung kakak tua sebagai pemberi amaran kepada orang asing yang cuba menceroboh kawasan petempatan mereka.
  12. Di Papua New Guinea pula, terdapat kampung-kampung yang jaraknya hanya 3 kilometer antara satu sama lain tetapi penduduknya menggunakan bahasa yang berlainan.
  13. Di Pergunungan Andes, penduduk di kawasan itu biasanya mengukur masa dengan berapa lama sebatang rokok itu habis dihisap.
  14. Di kawasan Artik, ada waktunya matahari kadangkala kelihatan berbentuk empat segi.
  1. Terdapat sebuah tempat yang menakutkan di Gurun Durango, Mexico yang dipanggil Zon Sunyi. Apabila berada di sana, anda tidak akan dapat menerima isyarat televisyen mahupun radio dengan dengan jelas. Selain itu, penduduk di kawasan tersebut mendakwa sering melihat bebola api misteri yang tiba-tiba muncul di angkasa.
  2. Terdapat sejenis tiram di Kepulauan Carribean yang boleh memanjat pokok.
  3. Artis-artis terkenal Jimmy Hendrix, Janis Joplin dan Jim Morrison meninggal dunia semasa mereka baru berusia 27 tahun.
  4. Bekas Presiden Amerika , Jimmy Carter adalah seorang pembaca yang pantas. Beliau berupaya membaca 2,000 patah perkataan seminit.
  5. Semasa era Victoria, terdapat ketakutan yang melampau jika manusia dikebumikan sebelum ia ‘benar-benar sudah mati’. Jadi, apabila seseorang dianggap sudah meninggal dunia, satu lubang kecil akan digali dari keranda ke permukaan tanah. Kemudian seutas tali akan diikat pada tangan mayat yang disambung kepada sebiji lonceng kecil tapi kuat bunyinya. Ini dilakukan supaya apabila seseorang yang dikebumikan itu masih hidup, mereka boleh membunyikan lonceng tersebut dan orang yang ditugaskan menjaga kubur tersebut (24jam setiap hari!) akan menggali pusara berkenaan dan membawa mereka keluar.
  6. Paku besi tidak boleh digunakan pada kayu oak kerana asid di dalam kayu itu boleh mengaratkannya dengan cepat.
  7. Kapal terbang dilarang terbang di atas bangunan Taj Mahal.
  8. Pada zaman Mesir kuno, masyarakat negara itu membayar cukainya dengan menggunakan madu. Sementara itu, buah aprikot pada masa itu dipanggil ‘telur matahari’.
  9. Satu kebakaran besar telah berlaku di London pada tahun 1666 menyebabkan separuh daripada kota raya itu musnah. Namun peliknya, hanya enam orang saja yang cedera dalam malapetaka tersebut.
  10. Pada zaman Pertengahan dahulu, mahkamah tertinggi di Perancis telah menjatuhkan hukuman mati ke atas seekor lembu kerana didapati bersalah mencederakan seorang manusia.
  11. Di Tokyo, terdapat kedai yang menjual rambut palsu untuk anjing.
  12. Di Turki, warna yang melambangkan kesedihan ialah ungu. Pemilihan warna ini memang aneh kerana di kebanyakan tempat di dunia, warna berkabung ialah putih dan hitam.
  13. Di Bangladesh, kanak-kanak seawal usia 15 tahun boleh dipenjarakan jika meniru di dalam peperiksaan akhir.
  14. Pada zaman India dan China kuno dahulu, penduduk di bebrapa bahagian negara itu menganggap daging tikus sebagai hidangan yang amat lazat!
  15. ‘Y’ adalah nama tempat yang paling pendek di dunia. Ia terletak di Perancis dan penduduknya menggelarkan diri mereka Ypsilonien.
  16. Pada tahun 40-an, pen berjenama Bich telah ditukar kepada Bic, untuk mengelakkan warga Amerika daripada menyebut ‘Bicth’ (perempuan jalang).
  17. Sebelum menjadi penakluk teragung dunia, Genghis Khan asalnya cuma seorang pengembala kambing.
  18. Disebabkan oleh faktor putaran bumi, sesuatu objek akan bergerak jauh jika dibaling ke arah sebelah barat.
  19. Gerard Hommel sudah enam kali mendaki gunung Everest. Baginya ketinggian, terjatuh, kesejukan dan cedera adalah masalah kecil. Gerard hanya menyedari hakikat bahaya jatuh pada Oktober 1993, apabila beliau terjatuh dari tangga semasa hendak menukar mentol lampu dapur di rumahnya, di Nantes, Perancis. Gerard mati dalam kejadian itu selepas tengkorak kepalanya retak akibat terhantuk pada sinki.
  20. Selain daripada mulut, katak dan berudu boleh makan menggunakan mata. Caranya untuk menelan, haiwan itu menutup kelopak mata, menekannya ke bawah menggunakan bola mata dan menurunkan lelangit hingga ke lidah, menekan makanan itu ke bawah lagi dan seterusnya masuk ke dalam perut.
  21. Arnab betina boleh mengawal lebihan populasinya dengan menyerap embrionya ke dalam tubuh.
  22. Selepas makan, lalat akan memuntahkan kembali makanannya dan kemudian memakannya balik.
  23. Angsa-angsa di England adalah harta Permaisuri.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: