Kiamat 2012 agenda yahudi


LAMAN web http://satudunia.net membincangkan filem 2012 karya Roland Emmerich sebagai dakyah Amerika Syarikat bagi meracuni pemikiran umat Islam melalui khayalan bahawa misi penyelamat gagasan mereka dapat menyelamatkan manusia daripada kiamat.

Penulis web berkenaan, Firdaus, menyifatkan filem terbabit boleh memesongkan kepercayaan umat Islam melalui petanda berlakunya kiamat pada 2012 di samping membidas adegan penemuan ilmiah mengenai ledakan di matahari yang mempengaruhi kerak bumi.

“Perkara ini sengaja dipaparkan bagi mengukuhkan fakta tahun berlakunya kiamat, manakala gambaran perwatakan mulia Presiden Amerika Syarikat yang memilih berada di samping rakyat menjelang kiamat bertujuan memberi citra mulia kepada kepimpinan negara polis dunia itu,” lapor laman terbabit.

Filem terbabit turut menggambarkan pemimpin Amerika dan semua pemimpin negara maju sibuk mempersiapkan diri ke China, tempat terletaknya bahtera yang mampu melindungi manusia daripada bahana kiamat, tetapi Presiden Amerika menolaknya kerana prihatin terhadap rakyat.

“Gambaran ini jelas membuktikan Amerika sengaja menyogok pemikiran masyarakat Islam agar berpandangan positif terhadap mereka melalui garapan karya yang memberi ruang kepada penonton untuk menghayatinya mengikut perancangan mereka ,” beliau dilaporkan berkata oleh laman web terbabit.

Firdaus turut membidas filem terbabit kerana dianggap meniru kisah Nabi Nuh dalam usaha mendapatkan perhatian khalayak antarabangsa dan jika tersilap langkah, umat Islam yang menontonnya akan mempercayainya sehingga meletakkan mereka ke arah kekufuran.

Laman terbabit turut melaporkan, penulis sesawang terbabit bimbang terhadap keghairahan sesetengah masyarakat Islam untuk menonton filem 2012 kerana mereka akan condong ‘mempercayainya’ melalui penggunaan teknologi animasi canggih.

“Penonton mungkin kagum dengan teknologi yang digunakan dalam filem ini, tetapi rasa kekaguman itu akan hilang dan yang tinggal hanyalah mesej bahawa Amerika Syarikat menyelamatkan manusia.

“Semua gambaran dalam filem ini jelas bertentangan dengan agama Islam kerana perkara ghaib tidak dapat dibayangkan akal fikiran manusia dan mereka akan alpa bahawa Amerika bertanggungjawab dalam menghasilkan model pembangunan yang mengakibatkan kehancuran alam semesta,” ujarnya.

Beliau turut dilaporkan meminta umat Islam untuk tidak terpengaruh dengan filem 2012 yang digarap menggunakan sumber National Aeronautics and Space Administration (Nasa) kerana ia propaganda Yahudi.

Pesanan dari penulis…

Kita hendaklah beriman kepada perkara yang ghaib dan perkara yang ghaib itu hanyalah Allah sahaja yang tahu. Sedangkan nabi Muhammad s.a.w telah menyatakan dalam sabdanya kira-kira bermaksud hari kiamat berlaku pada hari jumaat dan sahabat bertanyakan bilakah tarikh kiamat itu, nabi menjawab “hanya Allah sahajalah yang maha mengetahui”. Janganlah kita terpesong dengan dakyah yahudi dan nasrani yang selalu memesong pegangan islam kita. Sentiasalah melipatgandakan dan bersedia menghadapi fitnah akhir zaman.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: