MSI X340 ringan dan nipis



MSI mungkin bukanlah nama asing dalam industri perkomputeran di dunia, malah menerajui beberapa segmen notebook dari hiburan multimedia sehingga produk kecil bergaya.

Syarikat yang beroperasi sejak 1986 itu juga adalah antara yang pertama memperkenalkan komputer notebook senipis enam milimeter dengan berat hanya 1.3 kilogram

Berat notebook seperti itu memudahkan pengguna membawanya ke mana-mana tanpa merasa beban pada bahu mereka.

Bukan sekadar teknologi malah inilah notebook yang dibangunkan sambil mengambil kira reka bentuk berfesyen untuk menarik minat pengguna masa kini.

Lebih-lebih lagi kerangkanya diperkemas dengan warna putih yang menampakkan gaya elegan dan bersih ditambah logo MSi pada permukaan atas notebook menyerlah lampu putih apabila dibuka.

Papan kekunci yang secocok dengan jari penguji menyenangkan tugasan apatah lagi untuk menaip bagi tempoh lama.

Ketika menaip, ia bertambah lancar kerana lembut dan mudah dikendalikan. Faktor itu memberi kesesuaian kepada unsur produktiviti tugasan di pejabat menggunakan aplikasi seperti Microsoft Word, Excel dan sebagainya.

Apabila dilengkapi papan kekunci bermutu dan lembut, maka pengguna tidak membuang masa lagi ketika mengarang e-mel kerana betapa mudahnya menaip di samping mengurangkan kesilapan. Faktor itu mampu menambah produktiviti dalam pekerjaan.

Dikuasai oleh cip pemproses Intel Core2 Solo 1.4GHz dan sistem operasi Windows Vista Home Premium, tidak dapat dinafikan ujian prestasi yang amat memberangsangkan.

Bagaimanapun, penguji menasihatkan pengguna menukar sistem operasinya kepada Windows 7 yang mampu menampakkan kualiti pada prestasi notebook terbabit.

Paparan grafik bagi skrin 13 inci pun tampak bagus dengan nisbah teater 16:9 membekalkan visual tambahan sebanyak 14 peratus yang mengagumkan ketika menonton filem.

Ini kerana ruang hitam pada bahagian atas dan bawah untuk setiap filem yang ditonton boleh dielakkan sepada untuk hiburan definisi tinggi (HD)

Penguji tertarik dengan inovasi penjimatan tenaga daripada jelmaan MSi sendiri

yang mana ia berbentuk ikon diletakkan di atas notebook. Ia menjadi jalan

pintas kepada lima mod jangka hayat bateri.

Mod terbabit termasuk untuk kegunaan pejabat, permainan, filem, pembentangan dan turbo.

Inovasi itu amat membantu dalam menguruskan pelbagai keadaan seperti kecerahan skrin, masa bersedia dan penggunaan tenaga bersesuaian yang memberikan kualiti kerja serta hiburan fleksibel.

Penguji mendapati, mod terbabit boleh membantu penjimatan bateri sebanyak 20 peratus berbanding jika pengguna menggunakan pelbagai perkhidmatan multimedia tanpa penetapan jangka hayat bateri yang khusus.

Melihat kepada harga dan keupayaannya, penguji memberi pujian dan mencadangkan MSi X340 untuk dimiliki lebih-lebih lagi menjelang tahun baru nanti.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: