Beg pelbagai fungsi
Oktober 9, 2010 Tinggalkan komen
Berjalan dari satu destinasi ke destinasi yang lain dengan membawa muatan pakaian yang banyak tentunya amat meletihkan. Dari situ timbulnya idea beg pakaian beroda supaya ia tidak perlu dipikul sepanjang masa.
Namun bagi pereka yang mempunyai minda kreatif, beg seumpama itu boleh dipelbagaikan fungsinya. Berikut adalah beberapa evolusi beg dan beg pakaian moden.
NEXUS switcase/scooter
Skuter berkuasa elektrik ini dicipta oleh Francisco Lupin seorang pereka daripada Argentina. Ia dikuasakan oleh bateri 12V yang tahan selama 2 jam penggunaan tanpa henti.
Beg Pintar Kanak-kanak
Selain daripada mengurangkan sakit bahu dikalangan kanak-kanak, beg ini juga memberikan keseronokan kepada mereka apabila boleh diubah menjadi skuter mini. Ia turut mempunyai kapasiti storan yang baik dengan beberapa bahagian yang diasingkan untuk buku, alat tulis, botol air, fail dan lain-lain.
Beg Skuter
Mempunyai fungsi yang sama seperti “Beg Pintar Kanak-kanak” diatas, beg ini boleh dibuka menjadi skuter mini. Saiznya sengaja direkabentuk supaya anda juga boleh turut memuatkan komputer riba kedalam saku yang berlainan.
Beg basikal lipat
Ini bukan beg untuk meletak barangan. Tapi merupakan basikal yang boleh dilipat menjadi beg. Beg atau basikal ini turut dilengkapi dengan pembesar suara dalaman.
Beg galas solar
Dicipta oleh Kim Jangwoon, Lee Youngmin, Jung Soonho dan Namgung Mina, beg galas ini direka khusus untuk pengembara merentasi kawasan yang sejuk. Panel solar pada bahagian luarnya akan digunakan untuk memerangkap tenaga yang kemudiannya diubah menjadi tenaga thermal.
Beg kerusi
Seperti dalam gambar, beg ini boleh diubah menjadi kerusi untuk menghilangkan penat semasa berjalan.
Beg basikal
Satu lagi jenis beg yang boleh diubah menjadi basikal. Beg ini merupakan buatan dari negara China.
Beg berkerusi
Beg yang mempunyai kerusi mini pada bahagian pemegangnya.
Beg troli bayi
Beg yang masih dalam rekabentuk konsep ini turut dilengkapi dengan skrin LED supaya anda dapat memerhatikan bayi anda dari jauh. Ia juga mempunyai sistem pembersih udara supaya bayi anda mendapatkan sumber oksigen yang tidak tercemar.
Urban Troll
Beg tangan wanita ini dicipta oleh Gilli Kuchik. Ia boleh digalas pada bahu seperti beg tangan biasa. Namun, apabila membawa sesuatu yang besar dan berat, ia boleh diubah menjadi troli. Sesuai untuk wanita yang gemar membeli-belah.