Perjanjian Toyol


Akibat mahukan kesenangan berterusan menerusi jalan haram, segelintir pemuja toyol sanggup memeterai perjanjian luar biasa termasuk memenuhi permintaan pelik makhluk halus itu yang ingin melihat tuannya melakukan hubungan seks di luar nikah.

Perjanjian yang dibuat pemuja berkenaan selepas roh toyol itu dibangkitkan, adalah antara habuan diterima makhluk berkenaan yang mampu menyelinap bilik berkunci dan mencari wang disorok bagi melakukan tugas mencuri di kediaman penduduk.

Selain itu, toyol berkenaan juga diberi makan ayam dan dihadiahkan barang permainan kanak-kanak oleh pemujanya setiap kali berjaya menyerahkan wang curi. Perbuatan tidak bertanggungjawab pemuja toyol itu yang berani melakukan perjanjian berkenaan walaupun menyedari ia perbuatan syirik dan dilaknat Allah, kebiasaannya tidak disedari ahli keluarganya.

Perkara berkenaan didedahkan seorang pengamal perubatan tradisional, (yang tidak mahu namanya disebut) turut terkilan dengan kewujudan perjanjian luar biasa antara pemuja toyol dan makhluk halus yang dikatakan mempunyai perangai seperti kanak-kanak.

“Apa yang pelik, apabila ditanya sama ada tuan mereka memberikan darah sebagai makanan supaya melakukan perbuatan mencuri, makhluk halus berwarna hijau, bermata merah dan setinggi paras betis sebaliknya memberitahu ganjaran mereka adalah melihat pemuja melakukan hubungan seks dengan pasangannya.

“Toyol berkenaan juga diberikan makan ayam dan barang permainan kanak-kanak oleh pemuja setiap kali berjaya menyerahkan wang dicuri itu.

“Apa yang mengecewakan, perbuatan tidak bertanggungjawab pemuja toyol itu yang berani melakukan perjanjian itu tanpa disedari ahli keluarganya mengakibatkan keseluruhan keluarganya terpaksa menanggung dosa,” katanya yang mendakwa pernah menghalau makhluk halus berkenaan yang berjaya diperangkap di kediaman penduduk beberapa bulan lalu.

Dia berkata lagi, sikap tidak bertanggungjawab pemuja toyol yang sanggup membuat perjanjian luar biasa itu sebagai mengambil jalan mudah untuk mendapatkan wang bagaimanapun mengundang masalah kepada diri sendiri apabila ingkar permintaan makhluk itu.

Menurutnya, pemuja yang gagal memenuhi permintaan boleh mengakibatkan makhluk berkenaan mengganas termasuk merosakkan barangan di rumah atau menimbulkan perselisihan faham antara ahli keluarga.

“Ada juga yang berdegil dan enggan mengikut arahan pemuja atau pemiliknya apabila permintaan remeh itu gagal dipenuhi.

“Akhirnya pemuja terbabit yang melakukan amalan terpesong itu terdesak untuk memberi habuan dipinta bagi memastikan tidak dilanda masalah biarpun menyedari perbuatan perbuatan ini haram di sisi agama kerana ia menyekutukan Allah,” katanya.

Menurut Hafizan, orang ramai boleh mengetahui kehadiran toyol dengan menabur kekacang dalam rumah mereka pada waktu malam.

Katanya, sekiranya taburan berkenaan tersusun atau terkumpul di satu tempat, ia
membuktikan kehadiran toyol berkenaan yang leka bermain dengan barangan terbabit.

“Kebiasaannya, orang ramai bingung berikutan kes kehilangan wang yang disimpan di rumah makin menjadi-jadi. Tambahan pula, jumlah wang yang hilang itu hanya bernilai kecil walaupun disimpan di tempat paling sukar dikesan.

“Cara yang paling berkesan bagi menghindari kediaman daripada gangguan syaitan mahupun iblis adalah bacaan ayat Kursi dan berdoa,” katanya.

Katanya lagi, perbuatan membela iblis seperti toyol amalan orang jahiliah yang tidak bertamadun.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: