Rumah Anti penjenayah + pencuri


Rekabentuk rumah yang sedia ada sekarang ini memudahkan pencuri atau penjenayah untuk memecah masuk. Sedikit rekabentuk yang pelik mungkin menyukarkan orang-orang yang tidak diingini ini daripada berada didalam rumah anda.

Arkitek biasanya akan membina rumah yang dilihat menarik dan cantik. Mereka jarang sekali memikirkan faktor ianya dipecah masuk.

Cadangan rekabentuk rumah dibawah ini mungkin boleh diambil kira berdasarkan kesesuaian sesuatu kawasan.

Rumah yang meruncing dibahagian bawah

Memang pelik. Tetapi rekabentuk sebegini menyukarkan penjenayah untuk masuk dengan cara memanjat. Tiada tingkap pada tingkat bawah. Satu-satunya cara untuk masuk melalui tingkat bawahnya ialah melalui pintu. Jika berlaku kebakaran boleh terjun melalui tingkap dan jatuh pada bahagian rumput.


Klik untuk besarkan gambar

Jika rumah yang meruncing pada bahagian bawah kelihatan pelik, apa kata cuba pula cara kiosk atau stesen minyak. Pada bahagian pintu masuk, buatkan satu bilik kecil untuk semua urusan keluar masuk atau penerimaan barang.

Ia harus mempunyai cermin kalis peluru, kamera dan bahagian penerimaan barang yang boleh menggelungsur. Kedua-dua pintu masuk harus juga berfungsi untuk terkunci secara automatik dan dikawal melalui dalam rumah. Jika seseorang mempunyai niat tidak baik, mereka akan terkurung pada bilik kecil tersebut sehingga pihak polis sampai.

Atau anda juga boleh menggunakan pintu yang palsu seolah-olah ia merupakan pintu utama rumah anda. Jika penjenayah cuba mengumpil pintu tersebut, ia secara automatik akan berpusing (lihat gambar diatas) dan memerangkap si penjenayah pada bilik bawah tanah.

Pintu sebenar rumah anda hanya diketahui oleh kenalan rapat dan kaum keluarga sahaja. Rekabentuk sebegini sesuai untuk rumah yang mempunyai pagar tinggi dan menghalang pandangan orang daripada luar.

Rekabentuk diatas ini pula sesuai untuk yang bukan muslim dan memelihara anjing. Rekabentuk yang agak ringkas. Buat satu laluan yang membolehkan anjing tersebut berlari sekeliling rumah tanpa henti.

Jika ada penjenayah yang termasuk laluan tersebut, dia tidak dapat keluar dan menjadi mangsa.


Kolam atau parit sekeliling rumah

Jika anda pernah menonton filem inggeris yang menceritakan tentang pahlawan zaman dahulu, pasti pernah juga melihat istana yang dibina dikelilingi oleh lautan atau air.

Rekabentuk rumah anda juga boleh dibina menggunakan idea tersebut. Gantikan kolam renang dengan parit. Semasa ketiadaan anda dirumah atau ketika ingin tidur, jambatan ke pintu masuk rumah boleh diangkat dan dilipat.

Penjenayah tentu tidak mahu memecah masuk dalam keadaan basah kuyup. Untuk menambahkan gerun, boleh letakkan papan tanda yang menyatakan air parit tersebut mengalirkan arus elektrik.


Bilik bawah tanah

Biarkan rumah anda kosong dan buat satu lagi bilik dibawah tanah yang lengkap dengan semua kemudahan seperti bilik air, makanan, telefon, televisyen, sistem pengawasan (cctv) dan sistem pengudaraan yang baik.

Anda boleh masuk kedalamnya melalui pintu rahsia seperti dibelakang mesin basuh atau peti ais. Masalah untuk rekabentuk sebegini ialah apabila berlaku kebakaran.

Jika untuk menakut-nakutkan pejenayah, letakkan mesingun dua bijik kt depan rumah ,confem berfikir sratus kali nk masuk..

ataupun letak replika mayat2 manusia dah kena potong,kena gantung…

 

hehehe

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: