Teka Teki


Soalan 01: Apa orang islam arab kata jika: 1- Seorang pekerja jatuh bangunan lalu mati… 2- Seorang wanita berlari keliling padang tanpa seurat benang… 3- Gaji anda akan dinaikkan 30% bulan depan.

Soalan 02: Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris?

Soalan 03: Binatang apakah yang paling kaya didunia?

Soalan 04: 10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masaalah,namun 4 ekor burung telah jatuh kebumi. Soalannya: Kenapa 4 ekor burung itu jatuh kebumi?

Soalan 05: Apa yang terjadi jika Graham Bell tidak menciptakan telefon?

Soalan 06: Ada sebuah laut besar, dekat laut ada kapal besar, dalam kapal besar ada rumah besar, dalam rumah besar ada orang besar, antara bebanyak ni apa paling besar?

Soalan 07: Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan berkepala hitam, Apa tu?

Soalan 08: Seorang lelaki memakai pakaian serba hitam, seluar hitam, kasut hitam, sarung kaki hitam, sarung tangan hitam, dan kacamata hitam. Ia berjalan di sebuah lorong hitam. Seluruh lampu di lorong itu padam. Kemudian, sebuah kenderaan berwarna hitam dengan lampu yang juga padam meluncur memasuki lorong. Namun tepat di depan lelaki itu kenderaan berhenti. Bagaimana mungkin pemandu kenderaan itu boleh melihat lelaki serba hitam itu?

Soalan 09: Kenapa koboi mexico kalau berjalan sering membawa gitar?

Soalan 10: Haiwan apakah yang paling tidak sopan?

Soalan 11: Apa perbezaan antara orang kurus dan orang gemuk?

Soalan 12: Kenapa kebanyakkan motosikal namanya YAMAHA?

Soalan 13: Apakah haiwan yang berkaki 3?

Soalan 14: Apakah hidupan yang masa kecilnya berkaki 4, bila besar berkaki 2 kaki dan bila tua pula berkaki 3?

Soalan 15: Haiwan apakah perutnya di kepala, kakinya dikepala,bahkan mata dan mulutnya juga di kepala?

Soalan 16: Mula-mula aku buka baju, lepas tu aku sapu bedak, setelah badanku disapu bedak, aku pun terjun kedalam tasik. Lalu aku mandi. setelah selesai mandi, aku pun naik dari tasik. Siapakah aku?

Soalan 17: Kenapa ayam lepas minum dia dongakkan kepala.kalau makan tak pulak?

Soalan 18: Kalau kancil dengan rusa berlaga, siapa yang akan mati?

Soalan 19: Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?

Soalan 20: Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suami dia bawa isteri tu ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong bijih timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan Fatimah. Kenapa ?

Soalan 21: Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok apa tumbuh dulu?

Soalan 22: Batang apa berlubang-lubang, Tirus di atas di bawah Kembang, Terkadang tegak terkadang tumbang, celaka benar kalau ditebang.

Soalan 23: Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, buang apa?

Soalan 24: Tulang seperti ikan, jinjang seperti zirafah. Kadang di atas, kadang di bawah. Kalau salah kedudukan boleh kabur pandangan, kurang pendengaran.

Soalan 25:Jika sebatang pokok dipotong akan menjadi semakin rendah, apakah bendanya yang semakin dipotong semakin menjadi tinggi?

Jawapan

Jawapan 01: Mereka akan kata. 1-Inna lillahi wa ina ilahi roo jiuun. 2- Astagh firullah hal azim. 3- Alhamdulillah.

Jawapan 02: Ikan Belukang kerana “Blue” adalah perkataan inggeris, “Kang” adalah perkataan Jawa.

Jawapan 03: Beruang (sebab binatang ni ber wang)

Jawapan 04: Kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan menyebabkan ia tidak dapat terbang seperti biasa.

Jawapan 05: Perjalanan anda tidak akan terganggu oleh kerja-kerja menggali jalan oleh TELEKOM

Jawapan 06: Orang tu le penipu besar, mana ada rumah dalam kapal… ha…ha…ha..

Jawapan 07: Anak mancis daaa.

Jawapan 08: Waktu itu adalah siang hari bukannya malam!

Jawapan 09: Takkan nak bawak piano pulak! besar tuh!

Jawapan 10: Kutu, kerana sering memijak-mijak kepala orang

Jawapan 11: Orang kurus makan hati, orang gemuk makan tempat.

Jawapan 12: Kerana yang menciptanya orang jepun. Kalau arab yang cipta mungkin namanya YAMAHMUD.

Jawapan 13: Kuda cacat. Kalau tak cacat pasti kakinya 4.

Jawapan 14: Manusia! Semasa kecil merangkak, bila besar berjalan dengan dua kaki dan bila tua bertongkat.

Jawapan 15: Kutu ler…Sebab memang dok kat kepala orang!

Jawapan 16: Pisang Goreng

Jawapan 17: Sebab dia fikir nak buang air kecil tak boleh-boleh.

Jawapan 18: Pemandunya lah yang mati…… kalau kereta kancil dengan rusa
berlanggar….mati lah orang tu, kan-kan?

Jawapan 19: Bahrain – bah tu banjir, ‘rain’ tu hujan…

Jawapan 20: Sebab anak dia tu perempuan

Jawapan 21: Dua-dua tak tumbuh, sebab dia tanam separuh je. Hehehe!!

Jawapan 22: Batang hidung engkaulah!

Jawapan 23: Buang tebiat

Jawapan 24: Antena TV. Kadang orang pasang kat atas bumbung, kadang pacak jer kat tanah, kalau kedudukan tak betul, gambar pun kabur, suara pun tak ada.

Jawapan 25:Seluar panjang. Bila dipotong ianya akan semakin tinggi.

2 Responses to Teka Teki

  1. Dominga berkata:

    I think that what you said made a ton of sense. But,
    consider this, what if you wrote a catchier title?
    I ain’t suggesting your information isn’t solid., however suppose you added a headline that grabbed a person’s attention? I mean Teka Teki | Mantiqo’s
    Site is a little plain. You might look at Yahoo’s front page and watch how they create post headlines to grab people interested. You might add a video or a related picture or two to grab people interested about what you’ve written.

    In my opinion, it could bring your website a little bit more interesting.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: