Belajar matematik – Teknik penolakan nombor yang mudah


Sambil-sambil mengunyah kropok..cuba korang blaja kira2..hehehe

Contoh:

Soalan melibatkan proses pengumpulan semula. Anak-anak kurang mengemari soalan yang sebegini. Bagaimana untuk membantu mereka mencari jawapan dengan cepat tanpa bantuan pen dan kertas?

Langkah 1:

Asingkan nombor seperti contoh di atas. Ini kerana, adalah lebih mudah untuk melakukan penolakan yang melibatkan nombor gandaan sepuluh.

Langkah 2:

Lakukan penolakan antara nombor 70 dan 40. Nombor asas 2 dan 7 hendaklah dikekalkan.

Langkah 3:

Lakukan penolakan antara nombor 30 dengan 7 pula. Nombor asas 2 dikekalkan.

Langkah 4:

Jawapan diperolehi dengan mencampur dua nombor yang akhir.

******************************************************
Masih sukar untuk memahami? Apa kata kamu lihat contoh yang ini pula.

84 – 66 = ?

1. Asingkan nombor dalam gandaan 10

(80+4) – (60+6)

2. Lakukan penolakan antara nombor puluh dan mengekalkan nombor asas.

(20+4) – 6

3. Lakukan pula penolakan antara nombor 20 dengan 6 dan mengekalkan nombor asas.

(14+4)

4. Maka jawapan yang terhasil ialah 18.

Apa kata kamu uji kefahaman kamu dengan menjawab soalah ini berpandukan teknik yang diberi.

91 – 19 = ?

2 Responses to Belajar matematik – Teknik penolakan nombor yang mudah

  1. nonanurin berkata:

    xfaham langsung…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: