Konsep pendaraban 9, 99 , 999 dan seterusnya


Pelbagaikan cara penyelesaian matematik dan menjadikannya seronok untuk dipelajari…

Jika sebelum ini saya telah menunjukkan teknik untuk sifir 9 daripada 1 sehingga 10 menggunakan jari (rujuk disini), kini saya akan tunjukkan pula konsep pendaraban menggunakan nombor 9, 99, 999 dan seterusnya.

Selain menggunakan cara pendaraban biasa, kita juga sebenarnya boleh mendapatkan jawapan dengan membuat proses penolakan. Bagaimana caranya ?

Teknik ini menggunakan cara berikut :

(nombor anda) (nombor 0) – (nombor anda)

Adakah anda keliru ?

Baiklah, saya tunjukkan contoh..

Contoh pendaraban dengan 9. Kita ambil contoh : 7 x 9 = ?

ia sama dengan 70 – 7 iaitu 63

dimana nombor anda ialah 7, kemudian kita letakkan nombor 0 dibelakang 7 menjadikannya 70 dan kita tolakkan dengan nombor itu semula menjadikannya 70 – 7 = 63.

Sila perhatikan, nombor 0 yang saya sebutkan diatas…

Bilangan 0 bergantung kepada nombor 9, 99 atau 999.

Jika kita darabkan 7 dengan 99, kita letakkan 2 nombor 0 dibelakang 7 menjadikannya 700.

7 x 99 bersamaan dengan 700 – 7

begitu juga jika

7 x 999 bersamaan dengan 7000 – 7.

Kita ambil contoh lain..

58 x 99 = ?

58 x 99 bersamaan dengan 5800 – 58

menjadikannya 5800 – 58 = 5742

One Response to Konsep pendaraban 9, 99 , 999 dan seterusnya

  1. armadrafar berkata:

    simple n good…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: