Pilihlah yg Halal dan jangan pilih yg haram


Pada masa kini ,isu halal haram makin berleluasa dibincangkan dipersada negara nie. Contohnya mengenai wang judi yg diberikan oleh warga emas di Pulau Pinang. Banyak ustaz dan mufti yang mengeluarkan pendapat masing-masing. Realitinya adalah di negara kita nie ada banyak org didalam negara memilih yg haram daripada yg halal. Mengapakah ini terjadi? disini saya kupaskn sedikit tentang kesukaan manusia yg suka membuat kemungkaran sedang menikmati “daging” yg busuk berulat dan tidak menyukai “daging” yg sihat lagi baik.

1. Kebanyakan daripada kita suka kepada menjurus yg haram.

Jika dilihat pendidikan kita dari kecil ada sesetengahnya telah dididik dengan budaya judi. Walaupun dengan bayaran berupa barangan. Ada yang sedang berkuasa kini suka makan komisyen yg tinggi tanpa untuk meraih wang itu dengan cara yg halal. Suka bermain nombor ekor dan bisnes MLM yang meragui Term n Condition nya… tidak semua MLM yg haram …tapi jgnlah kita lemah kepada “ayat” mereka itu..seperti “mahu kaya juta2” ….mentaliti ini perlu diubah. Jika begitulah realitinya ..semahunya memang bangsa cina tak payahlah kerja setengah mati untuk jd kaya..cukuplah jadi “member MLM” dan kerja macam biasa.

2. Suka kepada Suami/isteri orang.

Perihal ini memang banyak berlaku di mesia nih. Manakan tidak dengan ledakan kemajuan teknologi pada masakini ruang utk berhubung menjadi lebih maksimum. Sebaik2nya kita gunalah peluang perhubungan yg maksimum ini dengan dakwah dan bukannya utk berkongsi video2 lucah,berkongsi puisi yg menjurus kepada zina dan perkara yg merapatkn kita kepada zina. Zina itu dosanya amat besar,Jadi jauhilah ia. Kepada yg sudah bekeluarga baik lelaki dan perempuan….gauli dan terimalah pasangan anda seadanya.Janganlah banyak songeh dan banyak komplen terhadap layanan pasangan anda… kerana jodoh kita itu merupakan ujian bagi kita dalam menempuh dugaan hidup bersama. Kepada yang masih bujang baik lelaki dan perempuan, pilihlah pasangan kamu dikalanan yg belum berkahwin dan janganlah kamu berebut2 dengan hak orang..kelak nanti kamu merasai apa yang kamu kerjakan Ingatlah , api neraka marak menjulang membakar org yg ingkar dengan suruhan Allah swt.

 

3. Pilih jalan penyelesai dan bukan untuk memburukan keadaan.

Pada bulan-bulan kebelakangan ini banyak kes2 yang berlaku mengenai krisis bagaimana menyelesaikan masalah. Kesan dari kepayahan menyelesaikan masalah ini adalah berlakunya bunuh,bakar,rompak…rogol…tembak sesama kawan. Hal ini kita perlu bendung dengan menyebarkan fahaman “bersabar dahulu” sebelum marah . Kita hendaklah bersabar apabila ada masalah melanda kita, kita perlu fikirkan cara menyelesaikannya dengan berunding, Kisah Nabi Musa diperintahkan oleh Allah supaya Nabi Musa berdakwah kepada Firaun dengan mengkhabarkan dakwah islam itu dengan lemah lembut. Ingatlah …rujuklah AlQuran dan tanyalah kepada orang warak..

4. Berniagalah dengan jujur dan tidak menipu.

Ingatlah kamu perniagaan itu adalah baik dan nabi kita adalah seorang peniaga yang jujur. Kita perlu ikuti jejak nabi kita menjadikan meniaga itu punca pendapatan. Janganlah kamu menipu dalam berniaga….berniaga itu halal dan jgnlah kita tukarkan perniagaan itu menjadi perniagaan haram. Perniagaan berasaskan riba, jika saudara kita berhutang dan janganlah kamu mengenakan riba keatasnya. Itu adalah memberatkan org itu. Janganlah kita letakkan virus timer dalam komputer pelanggan kita yang elah kita format untuk dijadikan bahan untuk mengaut untung. itu adalah perbuatan yg salah. Makanlah kamu rezeki yang halal biarpun sedikit ianya berkat. janganlah kamu makan rezeki yg haram walaupun ia banyak,ianya tetap haram sifatnya…yg haram itu adalah menjadi bahan bakar di nereka kelak.

 

disini saya hanya memberi pesanan kepada yang diluar sana dan mengingatkan termasuk saya sekali untuk peringatan semua. Janganlah rasa lemah dengan ujian Allah,jangan takut rugi bila bersedekah..sesungguhnya ketentuan itu dari Allah..rezeki itu Allah yang punya…Ingat-ingatlah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: