Berapakah jumlah bintang di langit?


Cerita ini adalah cerita ahli sufi di zaman dahulu. Ahli sufi ini namanya Nasruddin dan beliau tinggal di sebuah desa yang penduduknya memang mengenali Nasruddin sebagai seorang ahli sufi yg wara’.

Jadi, pada suatu hari, datanglah ke desanya 3 orang yg bijak pandai untuk bertanya soalan yang merumitkan kepada penduduk-penduduk desa dan mendesak untuk mendapatkan jawapan dan sampailah 3 orang ni di desa Nasruddin. Orang-orang kampung di desa Nasruddin awal-awal lagi mahu Nasruddin untuk menjadi wakil penduduk di kampung itu bagi menjawab soalan yang di aju oleh bijak pandai tersebut. Nasruddin dipaksa untuk menajwabnya dan orang ramai berdiri mengelilingi mereka untuk menyaksikan perbicaraan tersebut.

Orang bijak pertama bertanya kepada Nasruddin, “Dimanakah terletaknya pusat bumi ini?”

Nasruddin pun menjawab, “Tepat di bawah telapak kaki saya, wahai saudara.”

Bagaimanakah saudara boleh membuktikan hal itu..??”tanya orang bijak pertama.

“Kalau saudara tidak percaya, boleh saja saudara mengukurnya.” dengan tenang Nasruddin menjawab persoalan orang bijak tadi.

orang bijak yg pertama tadi diam membisu tidak menjawab. Soalannya dengan mudah dapat dijawab oleh Nasruddin. Sekarang ni, tibalah giliran orang bijak yg ke-2 utk bertanya. ” Berapa banyak jumlah bintang yg berada dilangit?”

Nasruddin pun menjawab, “Bintang-bintang yg ada di langit ini ialah sama banyak dengan rambut yg tumbuh di badan keldai saya ini.”

“Bagaimana saudara boleh membuktikan hal ini?” ujar orang bijak kedua tadi.

“kalau saudara tidak percaya, bolehlah saudara bilang rambut di keldai ini dan saudara akan menemui kebenarannya.” Nasruddin menjawab.

“Saudara bercakap macam percakapan kanak-kanak. Mana mungkin orang boleh menghitung rambut di badan keldai ini.”

“Ooo..Kalau saya macam budak-budak, mengapa saudara mengajukan pertanyaan sedemikian, bagaimana orang boleh menghitung bintang di langit.?”balas Nasruddin. Mendengar hujah dan jawapan daripada Nasrudin, orang bijak ke-2 pun terdiam dan kelu untuk melanjutkan pertanyaan yg lain.

Sekarang, tibalah giliran orang bijak yg ketiga untuk mengajukan persoalannya. Dikatakan orang yg ketiga ini ialah orang yg paling bijak di antara ketiga-tiga orang itu. Dia nampaknya sedikit terganggu dengan kecerdikan Nasruddin dan terus bertanya, “Nampaknya saudara tahu banyak hal mengenai keldai, tapi cuba saudara memberitahu saya berapa banyakkah bulu yg terdapat di ekor keldai ini.”

“Saya tahu jumlahnya,” pantas Nasruddin menjawab. “bulu yg terdapat di ekor keldai ini adalah sama banyak dengan jumlah rambut di janggut saudara.”

“Bagaimana kamu boleh membuktikan hal ini.?” tanyanya lagi.

“Ooo,,yg tu mudah sahaja.. Begini, saudara mencabut sehelai bulu dari keldai saya, dan saya mencabut sehelai rambut dari janggut saudara. Hah, kalau sama bilangannya, maka benarlah apa yg saya katakan, dan kalau tak betul, salahlah jawapan saya.” bijak jawapan dari Nasruddin.

Tentu sahaja orang bijak ketiga itu tidak mahu cara mengira yg sedemikian. Dan, orang-orang desa semakin yakin yang Nasruddin adalah orang yang paling bijak diantara empat orang itu.

Sekian.

Kesimpulannya yg kita dapat daripada cerita ahli sufi itu ialah tak semestinya soalan yg diajukan kepada kita dijawab seratus peratus dengan fakta. Ada kalanya kita perlu menggunakan logik akal untuk menjawabnya dan jawapan yg diberi adalah jawapan yg dapat diterima oleh akal yg sihat sejahtera.

Cerita di atas dapat dijadikan contoh dengan soalan oleh orang bijak kedua kepada Nasruddin. Bertanya mengenai jumlah bintang di langit. Mustahil utk kita menghitungnya kerana jauh dari kita dan yg paling tak logiknya amat banyak sehingga tak terhitung. Sedangkan pasir di pantai tidak terhitung, inikan pula bintang di langit yg tiada sempadan.

Sememangnya tak usahlah kita bertanya soalan2 yg pelik2 kepada orang lain hanya sekadar untuk menguji kepintaran orang dan mengatakan yg hanya kita yg bijak kerana orang lain tidak dapat menjawab persoalan yg kita kemukakan. Ingat, sekiranya kita sudah merasakan yg kita ini yg terpintar, terkuat ataupun ter semuanya, ada lagi orang yg lebih kuat, lebih pintar dari kita. Ingatlah kisah Nabi MUsa A.S dengan Nabi Khadir A.S.

 

One Response to Berapakah jumlah bintang di langit?

  1. Zaid berkata:

    cerita yang baik.🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: