Jangan jadi mangsa fesyen


PARA pengguna mengalami kesakitan malah bahaya kesihatan dalam jangka panjang. Segala-galanya demi fesyen dan untuk memperbaiki penampilan mereka. Perhatikan beberapa barangan fesyen biasa yang memberi gambaran mengejutkan.

Daripada jenis yang mengikat kaki hingga yang bertumit tinggi, kasut telah menjadi punca utama kecacatan dan ketidakselesaan sejak berabad lamanya.Platform shoes dan fesyen kasut lain yang tidak praktik telah mengakibatkan lebih daripada beberapa mangsa fesyen kehidupan sebenar cacat teruk atau terbunuh. Bagi tumit tinggi, kecederaan yang dikaitkan dengannya dialami daripada lutut terkehel hingga otot belakang terseliuh.

Seluar bell-bottom yang terlalu lebar juga boleh menimbulkan bahaya. Lipatan kaki seluar ini boleh tersangkut di mana-mana, daripada mekanisme basikal dan motosikal hingga kepada pintu lif. Jika anda menuruni tangga ketika memakai seluar ini, anda boleh tersandung lalu jatuh dan mencederakan diri anda jika seseorang terpijak lipatan kaki seluar itu.

Aksesori yang panjang dan berjuntai seperti skaf sama bahayanya. Jika anda tidak berhati-hati, ia boleh tersangkut pada tangga gerak (eskalator) dan menyebabkan tragedi.

Penari terkenal, Isadora Duncan mati apabila skafnya yang panjang tersangkut pada roda kereta yang bumbungnya boleh dibuka (convertible) semasa beliau berada di dalamnya. Beliau tercekik hingga membawa maut.

Sanggupkah anda berpakaian sambil menanggung risiko maut, tercedera atau sekurang-kurangnya tidak selesa? Sedarilah hakikat mengenai fesyen. Disini dipaparkan pandangan bukan glamor dan bukan komersial terhadap cara beberapa pakaian, pakaian dalam dan kasut moden boleh membahayakan kesihatan kita dan beberapa panduan perlu bagi memilih gaya yang selamat dan praktikal.

Bahaya kasut moden

KASUT moden bagi wanita merupakan satu impian untuk dilihat tetapi satu mimpi buruk untuk dipakai.

Platform shoes: Kecederaan & kematian

INI adalah kasut yang dilapisi tapak sebesar bata. la boleh dibuat setinggi 20 cm (8 inci) dan bahagian hujung hadapannya boleh dibuat kira-kira 2 inci tingginya. Memandangkan ia adalah 2-3 kali lebih berat daripada kasut biasa, ia menimbulkan beban tambahan kepada kaki dan juga membuatkan pijakan kaki tidak tegap.

Supermodel Naomi Campbell pernah hilang imbangan semasa memakai platform shoes setinggi 8 inci dan terjatuh di atas pentas.

Di Jepun, pernah timbul cadangan untuk mengharamkan pemakaian platform shoes yang terlalu tinggi semasa memandu berikutan banyak kematian berlaku akibat wanita yang “memandu sambil bergaya.”

Bahan tapak kasut yang diperbuat daripada busa, kayu, gabus atau bahan lain setinggi 5 hingga 8 inci menjadikan kaki pemandu berada agak jauh dari pedal, sehingga pedal minyak sering disangka pedal brek, lalu mengakibatkan kemalangan. Polis Jepun yang mengukur risiko memandu dengan memakai platform shoes berbanding dengan pelatih mendapati pemandu yang memakai platform shoes lebih lambat bertindak.

Berdasarkan data daripada pusat pengguna dan hospital di Jepun, 39% (atau 80 kes) daripada 203 kemalangan yang membabitkan kasut wanita dilaporkar dari April 1994 hingga Mac 1999 membabitkan kasut bertapak tebal.

Satu tinjauan oleh sebuah maktab rendah di Jepun pada 1998 mendapati 23% daripada pelajar (iaitu kira-kira 1 dalam 4) telah jatuh tersembam (majah seorang jatuh tergolek dari tangga) ketika memakai platform shoes. Separuh daripada mereka tercedera setelah terjatuh. Secara purata, 50% daripada kes jatuh menyebabkan kepatahan tulang atau tergeliat yang serius.

Pada 1999, seorang wanita Jepun berusia 25 tahun mati akibat tengkoraknya retak setelah terjatuh ketika berjalan dengan memakai platform shoes yang baru dibelinya.

Anda bukan sahaja tidak boleh berjalan dengan betul ketika memakainya, malah ia boleh menyebabkan masalah pada sendi pelvis atau pinggul.

Kasut tumit tinggi: jari kaki cacat & sakit belakang

IA menyebabkan kaki sakit serta masalah kesihatan yang ketara termasuk bunion, sakit tumit, jari kaki cacat dan saraf tersekat yang menyakitkan.

Memakai kasut bertumit tinggi terlalu lama boleh menyebabkan sakit kaki dan buku lali. Jari kaki yang diasak ke dalam kasut yang sempit di hujungnya

boleh menyebabkan kecacatan. Geseran kasut yang ketat secara berterusan boleh menyebabkan kematu dan belulang (calluses).

Tersalah langkah ketika memakai kasut bertumit tinggi telah mengundang padah dan wanita dua kali ganda berkemungkinan mengalami buku lali tergeliat semasa berjalan dengan memakai kasut bertumit tinggi berbanding dengan kasut yang sesuai.

Pemakaian kasut bertumit tinggi yang kerap lama-kelamaan boleh memendekkan tendon Achilles dan menyebabkan pemakainya kehilangan pergerakan pada kaki dan mengalami masalah kaki serta kesakitan lain.

Tidak hairanlah, wanita merupakan kira-kira 75% daripada 2 juta penduduk Amerika yang mengalami sakit tumit. Kajian oleh American Orthopaedic Foot and Ankle Society (AOFAS) menunjukkan ini boleh dikesan pada pemakai kasut bertumit tinggi yang mengalami pemendekan tendon Achilles.

Malah, pemendekan otot betis yang kekal dan tendon Achilles adalah masalah pertama yang dihadapi oleh wanita yang berkasut tumit tinggi dalam tempoh yang panjang (6 bulan hingga setahun). Ini menimbulkan ketidakselesaan apabila otot menjadi tegang ketika memakai kasut leper. Itulah sebabnya pemakai kasut bertumit tinggi sering mendapati kasut leper tidak selesa.

Di Jepun, dilaporkan bahawa kasut bertumit tinggi telah meninggalkan kesan pada ramai wanita tua yang mengalami masalah kaki. Antaranya ialah satu keadaan yang dinamakan hallux valgus, yang sendi di antara kaki dan ibu jari kaki menjadi cacat, menyebabkan kesakitan, sukar berjalan dan akhirnya dibedah untuk membetulkannya.

Anatomi tumit

Orang biasa dikatakan melangkah sebanyak 5,000 tapak sehari. Kasut bertumit tinggi memindahkan kekuatan langkah ini untuk menekan bebola kaki dan kepala metatarsal (tulang pada bahagian bawah jari kaki). Ini disebabkan kaki yang berkasut tumit tinggi akan menjulur ke hadapan dengan setiap langkah. Kasut bertumit tinggi 3 inci menyebabkan 7 kali ganda tekanan ke atas kaki hadapan berbanding dengan tumit setinggi 1 inci. Dengan itu menambah kemungkinan berlakunya masalah kaki dengan setiap langkah yang menggunakan kasut bertumit tinggi.

Industri fesyen mungkin menegaskan bahawa kasut bertumit tinggi memperbaiki penampilan keadaan dan lengkung bahagian belakang seseorang (malah ia dikatakan menambah bonjolan punggung seseorang wanita sebanyak 25% pada puratanya!) supaya pemakainya kelihatan lebih cantik. Apa yang mereka tidak beritahu anda ialah harga yang anda bayar kemudiannya.

Tumit tinggi telah dibuktikan menimbulkan sakit belakang. Untuk keseimbangan tubuh kita, bahagian tengah jisim tubuh kita mesti terletak pada bahagian dasar yang stabil. Tumit tinggi mendesak bahagian tengah jisim tubuh kehadapan, memberi lebih tekanan ke atas bebola kaki dan jari kaki yang telah pun kejang.

Untuk mengelakkan kita daripada terjatuh, bahagian tengah jisim tubuh mesti dilaraskan kembali. Dengan itu punggung kelihatan menonjol. Bagaimanapun, bahu kita juga membengkok tulang belakang ke belakang. Hasilnya, menjelang usia 60-an, tiga suku daripada wanita yang memakai kasut bertumit tinggi mengalami sakit kaki atau belakang yang serius.

Peragawati terkenal dari Singapura, Hanis Hussey, pernah mendedahkan bahawa beliau memakai kasut bertumit tinggi selama 10 tahun sebelum mengalami sakit belakang.

“Saya telah menjalani X-ray dan hasilnya menunjukkan bahagian bawah belakang saya lemah. Doktor berkenaan bertanya sama ada saya mempunyai tabiat memakai kasut bertumit sangat tinggi,” beliau dipetik sebagai berkata didalam The Straits Times (Singapura).

Tanyalah diri anda, adakah berbaloi menanggung sakit dan masalah fizikal lain yang tidak sepatutnya demi penampilan? Soalan ini adalah tepat memandangkan purata jangka hayat dan hari bekerja kini adalah lebih panjang daripada mereka yang hidup 200 tahun lalu.

Lupakan keangkuhan, fikirkan keselamatan. Adalah lebih bijak untuk berasa selesa daripada mengikut fesyen. Kesihatan anda akan menguntungkan, begitu juga wang anda.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: