Kanak2 pintar


Cleopatra Stratan

_2_cleopatra_stratan_flash.jpg

Penyanyi kanak-kanak perempuan yang berumur 3 tahun dengan bayaran €1000 per lagu.

Cleopatra lahir pada 6 Oktober 2002, di Chisinau, Moldova dan merupakan anak dari penyanyi Pavel Stratan. Cleopatra adalah penyanyi termuda yang meraih kejayan secara komersil, dengan albumnya “La vârsta de trei ani” yang dilancarkan tahun 2006 (ketika dia berumur 3 tahun). Dia juga memegang rekod sebagai penyanyi termuda yang membuat persembahan selama 2 jam di depan penonton yang berjumlah besar, penyanyi termuda yang mempunyai bayaran paling tinggi, penyanyi termuda yang menerima MTV Award dan penyanyi termuda yang menembus # 1 hit di negaranya ( “Ghita” di Romanian Singles Chart). salah satu hitnya: “Ghita”

Gregory Smith

gregorysmith.jpg

Masuk Pencalonan untuk Anugerah Nobel Peace Prize pada umur 12 Tahun
Lahir pada tahun 1990, Gregory Smith sudah mampu membaca pada umur 2 tahun dan masuk universiti pada umur 10 tahun. Smith bukan hanya genius, tetapi di waktu lapangya, dia banyak melakukan aktiviti mengilingi dunia sebagai aktivis Keamanan dan Hak Asasi kanak-kanak.

Smith merupakan pengasas International Youth Advocates, sebuah pertubuhan yang menjaga keamanan dan memberikan bantuan untuk kank-kanak di dunia. Dia pernah berdialog dengan Bill Clinton dan Mikhail Gorbachev, dan pernah memberikan pidato di depan PBB. Sampai sekarang,Sudah 4 kali Smith dicalonkan dalam anugerah penghargaan Nobel Peace Prize.

Aelita Andre
aelitaandrea.jpg

Pelukis berumur 2 tahun yang karya-karyanya dipamerkan di banyak Gallery.
Lukisan-lukisan abstrak hasil karya pelukis Aelita Andre (2 tahun) membuat orang-orang dunia seni di Australia berasa kagum. Aelita mendapat kesempatan untuk mempamerkan karya-karyanya ketika Mark Jameison, Pengarah Brunswick Street Gallery di Melbourne, diminta oleh seorang jurugambar untuk menyertakan karya-karya Aelita di pameran kumpulan dengan memperlihatkan sebahagian karya-karya Aelita kepada Jameison. Jameison bersetuju untuk mempamerkan karya-karya Aelita tanpa mengetahui siapa sebenarnya Aelita.

Jameison mula mempromosikan pamerannya, mencetak jemputan-jemputan dan menayangkan iklan di majalah seni seperti Art Almanac dan Art Collector. Selepas itulah, Jameison menemukan fakta mengejutkan bahawa pelukis, Aelita Andre, adalah seorang naka-kanak, perempuan dari Mr.Kalashikova, dan hanya berumur 22 bulan.

Kini Aelita dan karya-karyanya banyak diperbincangkan dan digunakan oleh pelbagai media seperti BBC World News, Telegraph (England), Art Collector, Art Almanac, dan penerbitan-penerbitan antarabangsa di Jerman, Russia, Sepanyol, China, Asia, Japan, Usa, dan lain.

lukisanaelita.jpg
Salah satu karya Aelita yang berjudul “EAGLE”

Elaina Smith

elaina.jpg?w=300&h=262

Penyiar Radio termuda sepanjang sejarah Penyiaran Radio
elaina Seorang kanak-kanak sekolah menjadi seorang dj radio termuda di Inggris pada umur 7 tahun.
Elaina Smith menkagumkan sebuah stesen radio tempatan di daerahnya ketika dia menelefon ke radio tersebut dan menasihati seorang pendengar yang sedang sedih, tentang kisah cintanya.

Dj yang bertugas pada waktu itu sangat kagum dengan nasihatnya – pergilah main bowling dengan kawan-kawan awak dan minumlah segelas susu panas – Mereka kemudian menawarkan sesi waktu siaran mingguan kepada Elaina untuk memberikan nasihat-nasihat kepada ribuan pendengar dewasa.

Elaina akhirnya bertugas dalam siarannya dengan memberikan nasihat-nasihat dari mulai masalah memutuskan pencintaan, bangkit daripada dari masalah cinta, sehingga kepada masalah bagaimana berurusan dengan saudara serumah yang bermasalah dan mempunyai bau badan.

Akrit Jaswal

akritjaswal.jpg

Doktor Bedah berumur 7 tahun.

Akrit Jaswal adalah seorang anak India yang disebut-sebut sebagai “the world’s smartest boy”.
Akrit meraih perhatian awam apabila pada tahun 2000, dia melakukan rawatan perubatan pertamanya.Ketika berumur 7 tahun. Pasiennya – seorang kanak-kanak perempuan tempatan yang tidak mampu mendapat rawatan dari doktor – berumur 8 tahun. Tangan anak perempuan itu terbakar api, menyebabkan jari-jarinya dalam posisi menggenggam dan tidak boleh dibuka. Akrit belum pernah mendapatkan latihan atau pengalaman di bidang pembedahan dahulu,tetapi dia mampu melakukan pembedahan sehingga jari-jari kanak-kanak perempuan tersebut boleh dibuka semula dan mampu untuk menggunakan fungsi tangannya dengan betul.

Akrit memfokuskan kebijaksanaan kepada bidang perubatan dan pada umur 12 tahun, dia mendakwa bahawa dia sedang dalam kajian untuk meyembuhkan penyakit kanser.Ketika ini dia sedang menjalani pengajian di jurusan Science di Chandigarh Kolej dan merupakan pelajar termuda yang pernah diterima oleh Universiti di India.

Kim Ung-Yong
kimuyoung.jpg

Masuk universiti pada umur 4 tahun, meraih gelar Ph.D pada umur 15 tahun, IQ Tertinggi di Dunia.

Lelaki yang berasal dari korea ini merupakan lelaki terpintar di dunia (masuk Guiness Book of World Records sebagai orang yang mempunyai IQ tertinggi di dunia). Umur 4 tahun, dia sudah boleh membaca dalam bahasa Jepun, Korea, Jerman, dan Inggeris. Pada umur 5 tahun, dia mampu menyelesaikan masalah matematik diferensial dan integral. Di sebuah rancangan televisyen Jepun, dia menunjukan kebolehanya dalam bertutur bahasa Cina, Sepanyol, Vietnam, Tagalog, Jerman, Inggeris, Jepun, dan Korea. Kim tercatat dalam Guiness Book of World Records di bawah kategori “IQ Tertinggi Gambar”, dalam buku tersebut disebutkan bahawa nilai IQ Kim melebihi 210.

Kim pernah menjadi ‘murid bawang’ di fakulti psikologi di Hanyang University pada saat berumur 3 hingga 6 tahun. Umur 7 tahun dia diundang ke Amerika oleh NASA. Dia menghabiskan pengajianya, dan mendapat gelaran Ph.D jurusan Fizik di Pennsylvania State University sebelum berumur 15 tahun. Pada tahun 1974, sambil tetap menjalani pengajianya, kim memulakan pekerjaannya di NASA sebagai penyelidik, dan terus sehingga dia akhirnya kembali ke Korea pada tahun 1978, yang kemudian beralih daripada Fizik ke Teknik Sipil dan meraih gelar Doktor di bidang tersebut.

Adi putra

adiputra.jpg

Genius matematik yang bercita-cita besar

Adi putra seorang kanak-kanak pintar yang tidak asing bagi rakyat malaysia. Adi putra merupakan kank-kanak genius matematik dan juga merupakan anak angkat unisel ini menjadikan Prof. Dato Dr Ismail b. Md Salleh sebagai idolanya. Beliau yang juga bercita-cita untuk mencipta sebuah komputer yang boleh bercakap dengan orang buta untuk di hadiahkan kepada idolanya siatu hari nanti. Adi putra ketika di temu ramah mengatakan “OTAK Adi Putra adalah pemberian Allah”.

biodata Adi putra.
Nama : Adi Putra bin Abd Ghani
T/Lahir : 27hb Januari 1999
Umur : 11 tahun
Belajar : Sedang mengikuti program A-Level
Kolej Matrikulasi,
UIA Malaysia,
Petaling Jaya.
Cita-cita : Professor Matematik Islam
Idola : Prof. Dato’ Dr Ismail b. Md Salleh
Impian : Bila besar nanti, insyaAllah,
* Adi akan cipta sebuah komputer canggih yang boleh bercakap untuk orang buta dan Adi akan hadiahkan kepada idola Adi.
*Adi akan cipta satelit bumi dan angkasa untuk kegunaan negara-negara Islam sahaja dengan menggunakan password Al-Quran.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: