Kuasa kebangkitan rakyat diperlukan!!


Sejak akhir-akhir ini saya melihat corak pembangunan pada minggu2 ini memang amat rancak, mana tak nya..PRU nk dekat..bermacam2lah wakil2 rakyat memerah otak untuk merencana program bersama rakyat dan untuk berKEMPEN sempena PRU menjelang tiba nanti. Namun begitu ,setelah jauh perjalanan saya tempuhi.saya melihat secara rambang.. ada beberapa kelemahan dan kekurangan dalam pembinaan kemudahan jalan di Sarawak.

Jalan di sekitar dari Batu 7 hingga ke Batu 13 (area kampung Seratau) ,keadaan jalan masih gelap dan tiada berlampu jalan. Dimanakah pihak berkuasa?wakil rakyat? jalan tersebut adalah jalan penting menghubungkan Kuching dengan Serian. Mengapakah isu pemasangan lampu jalan di jalan tersebut tidak ditimbulkan? mana tindakan wakil rakyat? adakah ia memerlukan peruntukan perbelanjaan yang besar.

Saya lihat struktur jalan masih kurang memuaskan, ini kerana lori2 besar melalui jalan2 tersebut. Alternatif lain jalan menuju ke Serian adalah melalui jalan Kota Samarahan. Namun begitu jalan di area Samarahan ada tempatnya tiada berlampu. Jalan alternatif bagi lori perlu disediakan.

Kemajuan kampung perlu dijaga oleh penghulu dan wakil kawasan. Ada juga kampung yang masih mempunyai jalan yang tidak berturap.Ini boleh menyukarkan pergerakan orang kampung tersebut. Rakyat setempat perlu bangkit untuk menyuarakan hak anda sebagai rakyat. Jangan takut untuk menyuarakan usul atau pendapat kepada wakil rakyat, ini kerana jika wakil rakyat tidak dihargai dengan memberi pendapat ,wakil rakyat akan lupa diri untuk menguruskan urusan kita.

ingatlah ..kebangkitan kuasa rakyat amatlah berbisa. Himpunlah kamu dibawah satu kelompok menuntut hak. Janganlah kita disusahkan dengan kemalasan kita menuntut hak sebagai rakyat

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: