Kesedaran dalam lautan kealpaan


Saya pada malam ini sedang ditemani oleh kipas bpusing, air teh sejuk dan di iringi dengan bunyi-bunyi sayup angin bertiup diluar.

Sedang asyik menelaah buku-buku ilmiah, saya terfikirkan manusia sekarang yang banyak terlupa dengan AMANAH yang diberikan Allah kepada Manusia iaitu BERIBADAH KEPADA ALLAH. Ibadah itu bukan setakat bersolat dan melakukan rukun islam yang lainnya.Malah IBADAH itu adalah perkara fitrah manusia yang diredhai Allah. Mengingati Allah itu adalah IBADAH apatah lagi kita mendekatkan diri dengan bersolat. Namun dosa-doasa yang kita lakukan setiap hari itu membuatkan kita lupa akan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.

Dosa-dosa kecil yang terhasil daripada perbuatan kita yang kita tanpa sedari iaitu dosa datangnya dari mulut ,mata dan ekspresi muka kita. Hendaklah kita menyedari Allah senantiasa memerhati kita. Begitu amat teliti Allah memerhati kita. Manusia memang tidak lari melakukan silap dan hendaklah kita mengurangi kesilapan dengan bermuhasabah diri kita.

Berusaha memajukan diri dan memperbaiki diri kerana Allah adalah ibadah juga . Asalkan apa yang baik dibuat kita yang tidak melanggar hukum syarak adalah sebahagian daripada lingkungan ibadah.

Berfikir adalah salah satu cabang ibadah yang jarang-jarang kita tekankan dalam amalan seharian. Berfikir tentang kebesaran Allah itu amatlah digalakkan dalam islam. Berapa keratkah manusia yang ada dimukabumi ini yang menggunakan akal fikirannya dengan maksimum? hendaklah kita menimbang apa yang telah kita lakukan sebelum kita membuat keputusan.Berfikirlah kamu semaksimum yang boleh.

tulisan ini bukan sekadar untuk meluahkan apa yang terkandung dalam pemikiran, namun untuk menghuraikan persoalan yang berlaku dalam masyarakat. Mudah-mudah apa yang timbul dalam entri ini dapat membuahkan satu impak perubahan dalam sesebuah masyarakat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: